Ahad, 25 Disember 2011

TIPS MEMBELI KERETA


kereta baru


kereta terpakai

Adakah anda merancang untuk membeli kereta? Anda keliru hendak beli kereta baru atau terpakai 2nd hand? Tentu ianya susah untuk membuat pilihan dengan betul? Jadi saya mempunyai beberapa tips untuk membeli kereta baru atau kereta terpakai.

Sekiranya kereta merupakan satu keperluan dan bukannya kehendak, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin membeli kereta baru atau kereta terpakai. Ramai orang yang menganggap dengan membeli kereta baru adalah lebih baik berbanding kereta terpakai kerana kos penyelenggaraan lebih murah dan rendah. Namun ianya juga terdapat kelemahannya juga.

Sebelum membuat keputusan, anda perlulah menilai dahulu kemampuan diri anda. Jika membeli kereta baru boleh membebankan belilah kereta terpakai yang masih dalam keadaan baik. Ianya tidak akan membebankan anda untuk menjalani kehidupan seharian.

Jika anda membeli kereta terpakai dapatkan dahulu nasihat daripada mekanik yang boleh dipercayai atau jalani pemeriksaan di PUSPAKOM. Hal ini bagi mengelakkan daripada ditipu dan kereta tersebut mempunyai masalah di kemudian hari. Sekiranya anda mengambil keputusan untuk memohon pinjaman kereta, cari pakej terbaik mengikut kemampuan diri. Dapatkan maklumat berkaitan dengan kadar faedah yang dikenakan.

Kadar faedah untuk pinjaman kereta biasanya dikira berasaskan kaedah sama rata. Mengikut Akta Sewa Beli 1967, kadar faedah maksimum yang dibenarkan ialah 10% setahun. Kiraan faedah adalah berdasarkan faedah ke atas jumlah pokok untuk sepanjang tempoh pinjaman sewa beli.

Contoh pengiraannya adalah seperti berikut:

Harga kereta xxx= RM 50000

Bayaran pendahuluan/downpayment @10% x=RM 5000

Jumlah pinjaman sewa beli x= RM 45000

Kadar faedah (kadar sama rata) x = 5% setahun

Tempoh pinjaman xxx = 5 tahun (60 bulan)

Pengiraannya:
jumlah faedah yang dikenakan

= jumlah pinjaman x kadar x tahun

= RM 45000 X 5% X 5

= RM 11250

JUMLAH PINJAMAN + FAEDAH

=RM 45000 + RM 11250

= RM 56250

JUMLAH ANSURAN BULANAN

=RM 56250 / 60 bulan

= RM 938

Rabu, 14 Disember 2011

UDANG TEMPOYAK DAUN KAYU




Bahan-bahan:

Bahan untuk digiling:

Bahan untuk dihiris:

1 kilo udang

3 papan petai

1 biji kelapa

4 sudu besar tempoyak

Garam dan serbuk perasa

10 tangkai cili padi

1 inci kunyit hidup

1 biji kelapa-santannya

5 ulas bawang merah

5 batang serai

4 helai daun kunyit

5 tangkai pucuk ubi

3 tangkai pucuk labu

4 helai pucuk kaduk

Cara membuat:

1. Udang dibersihkan. Kupas petai dan ambil isinya manakala kulitnya dibuang.

2. Masukkan santan bersama bahan yang telah digiling tadi dan panaskan hingga pekat.

3. Kemudian masukkan bahan yang telah dihiris dan diikuti petai, udang dan tempoyak

4. Tambahkan garam dan serbuk perasa. Kacau seketika dan sedia untuk disajikan.

Khamis, 22 September 2011

Keluarga Yang Bahagia Penuh Kedamaian

















Menjadi lumrah kepada setiap keluarga yang menginginkan sebuah keluarga yang bahagia dan hidup dengan penuh aman dan damai. Bukan sahaja antara suami dan isteri malahan dengan kehadiran anak-anak yang menyerikan rumahtangga. Tidak ada pasangan yang ingin keluarga menjadi hancur. Semuanya ingin keluarga sakinah, yang penuh kedamaian dan ketenteraman di dalam hati. Bahkan Rasullulah SAW sendiri menggambarkan rumahtangga yang baginda bina itu bagaikan syurga. Ungkapan baginda ialah "Baitii Jannati", "Rumahku Syurgaku". Ini suatu bukti bahawa rumahtangga Rasullulah memang betul-betul memperoleh ketenangan dan ketenteraman daripada ALLAH SWT.


Tujuan perkahwinan pada dasarnya mempunyai ikatan yang kuat dan kukuh untuk mengembangkan keturunan. Kerana perkahwinan bukan sahaja untuk memenuhi kesenangan syahwat semata-mata namun mempunyai tujuan yang lebih penting. Di dalam surah Ar-Rumm ayat 21 diungkapkan bahawa setidak-tidaknya tujuan perkahwinan itu mengandungi makna seperti berikut:

  • Membentuk keluarga sakinah : ertinya ahli keluarga yang ada di dalamnya hidup secara tenang dan tenteram, menyelesaikan masalah rumahtangga secara bersama. Suka duka kehidupan dihadapi secara bersama demi mencapai kedamaian dan kebahagiaan.
  • Mawaddah : ertinya kehidupan anggota keluarga dalam suasana kehangatan cinta dan kasih sayang, saling hormat-menghormati, serta saling membimbing kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri masing-masing.
  • Membentuk keluarga yang penuh "Rahmah". Ertinya pergaulan ahli keluarga dengan sesama penghuninya saling sayang-menyayangi, cinta mencintai sehingga kehidupan benar-benar dalam suasana kasih sayang.
Info ini dipetik daripada buku.
Habsah Md Nor (2009). Isteri Teladan Igauan Seorang Suami. Kuala Lumpur : Darul Nu'man.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Sambal petai ikan bilis

Sambal petai ikan bilis

Di bulan puasa ni, mesti ramai yang tak tahu nak masak apa untuk berbuka puasa. Ramai yang terfikir- fikir, hari nak masak apa? Nak makan apa? Semuanya tertanya-tanya. Hari ini saya nak berkongsi resipi masakan untuk berbuka iaitu sambal petai ikan bilis.

Bahan2:

1 kg ikan bilis- telah dikupas

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 ulas bawang besar

300gm cili kering (dikisar bersama bwg merah, putih dan bwg besar)

100gm petai

1 inci belacan

Air asam jawa secukup rasa

Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisarkan.
2. Masukkan belacan dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan ikan bilis dan petai. Kacau dengan rata.
4. Masukkan pula air asam jawa, garam dan gula.
5. Kacau dengan rata sehingga sambal kering dan masak.

Makan jangan sampai susahkan diri


Tidak kira yang sihat mahupun yang sakit, dihari raya ini semuanya tetap ingin bergembira bersama sanak saudara dan juga rakan taulan. Namun diingatkan agar menjaga pemakanan dengan baik, janganlah terlalu mengikut hawa nafsu makan sehingga menyusahkan diri anda sendiri. Terdapat beberapa tips yang boleh saya kongsikan dengan semua bagi mengelakkan diri kita terjebak dengan pelbagai penyakit. Mari ikuti tipsnya.

  • Kurangkan makan dan minum minuman yang manis. Makanan dan minuman yang manis memang tidak dapat dielakkan, tambahan pula dihari raya. Kebanyakkan kuih muih dan minuman semuanya manis-manis belaka, sedang asyik leka berbual dengan sanak saudara, rakan taulan air sudah habis 3 gelas manakala kuih pula sudah habis satu bekas. Mungkin satu rumah saja baru dikunjungi, bayangkan jika beberapa buah rumah lagi rumah yang bakal dikunjungi. Macam mana tu? Jadi berwaspadalah dengan makanan dan minuman yang manis. Jangan segan silu untuk meminta pada tuan rumah air kosong,
  • Wacth out!!! Makanan yang berlemak dan bersantan terutamanya rendang ayam, masak lodeh, serunding dan sebagainya. Makanan yang banyak lemak dan santan bakal mengundang pelbagai penyakit terutamanya berat badan dan kolestrol.
  • Makanlah banyak buah-buahan segar. Elakkan makan makanan yang diawet seperti jeruk.

Ahad, 14 Ogos 2011

Tarikh 15 ogos

Mengapa setiap kali tibanya hari lahir pasti orang akan ucapkannya? Kenapa ye? Mengapa kita tidak ingatkan diri kita bahawa tarikh lahir kita adalah tarikh kita semakin menjangkau usia dan mengingati mati. Aku sentiasa mengibaratkan pabila tibanya hari lahirku adalah merupakan usiaku semakin lanjut dan hariku semakin dekat untuk bertemu denganNYA. Semakin lama semakin dekat aku rasakan, tapi tak tahu bilakah tarikh dan masanya (ajal maut ditangan TUHAN).

Kadang-kadang rasa perlu menyambut hari lahir sebabnya ada rasa seronok, gembira, suka dan tenang bila sambut. Kadang-kadang rasa lebih baik tak sambut sebab ada rasa sedih, sakit dan macam-macam lagilah. Sakit jiwaku. Pada hari lahirku kali ni, aku tak rasakan yang aku lahir pada tarikh tu bukan sebab apa sedih, tak bermaya, geram, sakit dan macam2 lagi lah. Tak patut tol bila ada rasa macam tu. tak sama dengan hari lahirku pada tahun2 lepas, best n happy. kali ni terasa suram dan tak berminat untuk bercakap banyak.

Selasa, 9 Ogos 2011

Hidup umpama roda


Hidup ini seumpama roda. Kita tak mungkin akan sentiasa berada di atas pastikan berputar roda itu tatkala kita sendiri mahupun orang lain yang memutarkannya. Apabila berputarnya kita begitu jugalah dengan masa yang sentiasa berputar tidak mengira waktu tanpa hentinya.

Begitu juga dengan semua perkara, tidak semestinya kita akan sentiasa berada di takuk yang sama. Perubahan dari satu takuk ke satu takuk pasti akan berlaku tidak kiralah samada cepat ataupun lambat, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas dan sebagainya. Perjalanan seseorang manusia itu tidak sama antara satu sama lain. Sentiasa berubah-ubah mengikut nasib seseorang itu.

Bagiku, aku masih lagi mencari di manakah aku sebenarnya? Apa yang aku sedang lakukan? Mengapa aku melakukannya? Semua persoalan terpahat di segenap ruang mindaku. Pabila berputarnya roaa itu, aku pun turut berputar sama. Aku sentiasa menanti bilakah agaknya roda itu akan berhenti tepat pada waktunya dan tepat pada tempatnya. Bila berhentinya roda itu ditempat dan waktu yang telah ditetapkanNya aku pun pastikan berhenti buat selama-lamanya. Aku Kadang-kadang merasakan hariku semakin hampir, kadang-kadang jauh lagi masanya. Sebagai manusia tidak kiralah bila masanya kita mestilah sentiasa bersedia menempuhi apa jua cabaran mahupun dugaan yang bakal mendatang.

Rabu, 3 Ogos 2011

perasaan

Assalamualaikum wbt......

Alhamdulilah pejam celik pejam celik sudah pun masuk bulan ramadhan yang mulia dan penuh berkat. Masa masih lagi berputar selagi tiadanya arahan dari ALLAH SWT untuk meniupkan angin sangka kalaNya kepada kita semua.


Hari ni merupakan hari yang indah buatku, namun perasaanku sedikit tergelincir. Kadang-kadang aku rasa sangat gembira, kadangkala aku rasakan sedikit berduka. Perasaan..perasaan..perasaan.. inilah perasaan yang sering melanda semua orang tidak kira tua mahupun muda. Perasaan gembira adalah satu perasaan yang positif manakala perasaan berduka adalah satu perasaan yang negatif.


Perasaan negatif dan positif ini lahir dari hati yang tidak menentu ditambahkan lagi dengan banyak memikirkan perkara mahupun masalah yang menimpa diri kita. Sekiranya positif perasaan kita pada hari tu, macam-macam perkara dan pekerjaan yang dilakukan akan menjadi senang, mudah dan lancar. Namun sebaliknya jika perasaan kita negatif, pekerjaan dan perkara yang kita lakukan pada hari tu akan menjadi tidak menentu, serba tidak kena dan sebagainya.


Namun, bagi menenangkan hati dan jiwa cara yang terbaik adalah banyakkan berzikir, berselawat atau membaca al-Quran. InsyaALLAH semua benda yang di lakukan akan menjadi mudah, senang dan dapat di atasi dengan baik. Namun jika kita tidak mampu juga, maka berkongsilah dengan rakan, keluarga dan sebagainya agar masalah kita dapat di atasi.

Perkongsian ilmu ini bukanlah untuk diri saya saja malah untuk semua. Jadi, masih sempat lagi untuk saya mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Ilal liqa maasalamah.

Rabu, 27 Julai 2011

Kelebihan solat tarawikh

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh lapan

  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
dipetik dari : ibnismail.wordpress.com