Sabtu, 17 Julai 2010

Rahsia & Amalan 99 Nama ALLAH

Ar-Rahman- Maha Pemurah (Menghilangkan Sifat Pelupa)
* Baca sebanyak 100 kali setiap selesai mengerjakan solat fardhu, insyaALLAH akan hilang daripadanya sifat lalai dan pelupa.

Ar-Rahim- Maha Penyayang (Supaya Disayangi Orang)
* Baca sebanyak 100 kali setiap hari, insyaALLAH akan dilembutkan hati dan wujud perasaan kasih sayang sesama makhluk.

Al-Malik- Maha Merajai ( Pembuka Pintu Rezeki)
* Baca sebanyak 121 kali setiap hari, yakni setelah terbit fajar atau setelah tergelincir matahari, insyaALLAH pintu rezeki akan dibuka oleh ALLAH SWT.

Al-Quddus - Maha Suci( Membersihkan diri daripada sifat tercela)
* Baca sebanyak 1000 kali setiap hari, insyaALLAH akan diselamatkan daripada malapetaka.

As-Salam- Maha Menyelamatkan ( Menyembuhkan Penyakit)
* Baca sebanyak 160 kali di hadapan orang yg berpenyakit, insyaALLAH akan sembuh penyakitnya selama belum sampai ajalnya atau sekurang-kurangnya bertambah ringan penyakitnya.

Khamis, 15 Julai 2010


Laman nurani hatiku kini menjadi kosong,
Rasa kasih dan sayangku terhadap seorg insan,
Hilang...hancur.....berkecai hatiku....
Insan yg kurasakan akan bersamaku...
hidup bersamaku....pergi meninggalkanku...

Di mana aku harus luahkan...
Rasa rinduku....
Rasa sayangku....
Rasa cintaku......
di mana...di mana.....

Namun...semua rasa yang kupendamkan..
Ku luahkan...ku muntahkan.....jauh dari diriku...
Berat hati ini, perit jiwa ini menanggung bebanannya...
Tiada lagi rasa sakit yang tertanggung.....

Yang ada hanyalah.....
Cintaku kepada ILLAHI....
Rinduku padaNYA....
Ku rebah sujud ke tanah...
Menyembah Yg Maha Agung....
Maha Mengetahui segalaNYA...

Disebalik nikmat yg KAU berikan kepadaku...
Akanku abadikan seumur hidupku....
Selama hayat masih bernafas.....

Rabu, 14 Julai 2010

Amalan sunat di bulan Sya'ban


Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan
syaaban.”

Huraian

1.
syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan
syaaban itu ialah bulan syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan
syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan
syaaban adalah :


i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan
syaaban dan tiga hari pada pertengahan syaaban dan tiga hari pada akhir syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan
syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


iii. Bertaubat


iv. Meraikan malam 15
syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

~ hidupku ~



Dihati kecilku ini, terbuku seribu keinsafan,ketandusan dan kasih sayang.. aku merintih... aku menangis... Apakah aku akhirnya akan tinggal keseorangan? Bakal menghadapi pelbagai rintangan, onak dan duri.. segala dugaan dan cabaran yang mendatang ini... Aku akur dengan nikmatMU TUHANKU... Aku akur dengan ketentuanMU TUHANKU... Hidup ini hanyalah sementara... Tiada siapa yg bisa hidup buat selama-lamanya...melainkan ENGKAU YA ALLAH....YG MAHA MENGETAHUI segala yg ada di langit mahupun di bumi...ENGKAULAH YG MAHA AGUNG...LG MAHA BIJAKSANA YA ALLAH.... Hanya padaMU, aku mohon.. Hanya padaMU aku mohon YA ALLAH... Setiap cabaran dan dugaan yg KAU hadiahkan kepadaku ini, adalah satu nikmat yg KAU hadiahkan kepada semua hamba-hambaMU di dunia ini...tiada siapa yg tidak akan dihadiahkan dengan cabaran dan dugaan dalam hidupnya...namun, hati ini kubuka utk melihat kekuatan diri ini utk menempuh segalanya...ku mohon agar KAU lindunganlah aku di bawah RAHMATMU DAN INAYAHMU YA ALLAH....

KEAMPUNAN

Takku sangka di malam ini
Tiada lagi purnama yang menerangi
Hanya sementara terselindung di balik awan
Diselubung kegelapan sehingga ku terpenjara

Lantas ku berlari jauh
Mencari cahaya untuk menyuluh
Jalan untukku pulang

Wahai Tuhan Yang Agung
Kau Yang Maha Pengampun
Andai diri Kau hukum
Itu keadilan-Mu

Kupohon maghfirah-Mu
Ampunilah dosaku
Tempat untukku mengadu
Kasihanilah hamba-Mu

Beginilah hakikatnya
Aku tunduk aku akur
Dengan takdir-Mu