Isnin, 16 Mei 2011

LAMAN WEB INFO ISLAM

http://quran.al-islam.com

· Terdapat capaian al-Quran, hadis, kamus, pusaka, haji dan umrah dan article rujukan. Hokum tajwid secara on-line.

www.pkpim.net

· Maklumat yang berkisarkan ilmu dan perihal terkini tentang Islam.

Ganjaran yang dijanjikan ALLAH SWT

.

1. Firman Allah dalam surah al-An,am, ayat 120:

Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang2 yang melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka lakukan.

2. Surah al-Hajj, ayat 60:

Demikianlah (janji balasan ALLAH) dan sesiapa yang membalas kejahatan orang, sama seperti yang dilakukan kepadanya, kemudian dia dianiaya lagi, sesungguhnya Allah akan menolongnya. Ingatlah bahawa Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.

3. Surah Ali Imran, ayat 133:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapatkan keampunan Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi untuk orang2 yang bertaqwa.

4. Surah Yunus, ayat 27:

Dan orang2 yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap2 satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari seksaan Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olah ditutup dengan beberapa bahagian dari malam yang gelap gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Waktu afdal berdoa:

· Doa ditengah malam @ sepertiga malam yang akhir.

· Ketika bersujud: Rasulullah saw pernah bersabda, tempat yang paling dekat seorang hamba kpd ALLAH adalah disaat dia sujud, maka perbanyakkanlah berdoa.

· Antara azan dan iqamah.

· Pada hari jumaat yang merupakan penghulu segala hari.

· Doa orang yang berpuasa ketika bulan Ramadhan.

· Doa orang yang teraniaya, musafir dan ibu bapa terhadap anaknya.