Selasa, 14 Jun 2011

11th of June 2011, Went out with my friends…..

Rasanya macam dah lama sangat tak jumpa dengan kawan2 sekolahku. Mana tidaknya, lepas hari raya Aidilfitri tahun lepas kami semua hanya jumpa pada hari Mona bertunang ja. Itupun Wawa tak dapat mai sebab operation mata. Wah bila Mona ajak jumpa, apa lagi tak kan nak lepaskan peluang ni. Akhirnya dengan kata sepakat semua, kami jumpa hari Sabtu 11 Jun 2011 (Aku, Mona, Wawa, Ayu dan Pikah). Seawal 10 pagi, kami dah sampai ke Pantai Murni, Yan.

Oleh kerana kami keluar awal sangat dan tak makan pagi lagi, kami pun pi la beli makanan untuk sarapan pagi. Pagi tu aku, Pikah dan Wawa dibelanja oleh orang Government dan Private, Mona dan Ayu (almaklumla dah kerja la katakan..hehehe). Lepas beli makanan, kami pun bercadang nak balik ke Pantai Murni, pikir2 balik lebih baik pi Titi Hayun je. Lagi best.. boleh la bersantai-santai..hehehe

Kat sana kami bercerita macam2 hal. Dengan Mona yang nak bertunang, Wawa yang dah nak kerja kat Kulim, Ayu yang dah balik kerja kat Alor Star di Kementerian Belia dan Sukan dan Pikah dengan study dia macam dengan aku. Wah, memang best sangat bila dapat jumpa dan kongsi macam2 cerita. (kenangan yang tak dapat digambarkan).

On the way nak balik, kami sempat singgah kat Air Terjun Perigi, Yan. Kami berhenti berehat2, main air dan sambung cerita. Lepas tu kami pun hantar Wawa balik rumah sebab ada adik beradik dia datang. Nak tak nak kami pun hantarlah dia balik, tapi lepas tu kami sambung balik pi Pantai Murni. Kat sana kami makan2 sambil menikmati angin yang sepoi2 bahasa dan melihat pemandangan lautan yang sangat indah dan cantik. Lepas makan2 kami semua bergerak balik ke rumah masing2.










Ni la Pantai Murni, Yan.