Jumaat, 22 Jun 2018

Kembalinya aku

Assalamualaikum wbt...
Kini kembalinya aku dalam dunia penulisanku..Alhamdulillah.sekian lama aku menyepi dalam bidang penulisanku. Kini aku kembali semula. Semuanya dengan izinNya. Inshaa Allah kali ini aku akan teruskan dengan penulisanku tatkala penaku, jari jemariku sudah lama lesu sepi. Entri-entri kali ini Inshaa Allah akan membuatkan penceritaan dan penulisanku yang lama sepi ditinggalkan kembali aktif. Kepada yang suka membaca cerpen inshaaAllah cerpen2 pendek akan diluahkan di entri yang seterusnya. Korban kasihku adalah tajuk kepada entriku yang seterusnya. Namun aku masih lagi menantikan rindu kasihnya. Inshaa Allah entri2 ini akan menjadi tajuk kepada bab2 dalam cerpen atau tajuk besar kepada cerpan. Inshaa Allah. Doakan ceriteraku

Isnin, 5 Mac 2012

Masa itu akan tiba jua..




Alhamdulilah hari ini saya berpeluang untuk meluangkan masa dengan blog. Dah lama rasanya tak update blog ni. Ermm...kadang2 rindu juga bila dah lama sangat tak update, sibuk dengan praktikum terakhir ni memang tak sempat nak buka blog. Bila memikirkan pada masa, memanglah rasa seperti lambat shaja masa tu nak berputar. Namun hakikatnya masa itu berputar dengan begitu cepat sekali. Pejam celik,pejam celik dah sebulan saya praktikum di SK. Tiara Permai. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan memang terbaik dan best sangat praktikum di sekolah itu. Ada lagi baki 2 bulan untuk praktikum di situ. Saya harap semuanya akan berjalan dengan baik dan saya dapat melaksanakan apa yang dikehendaki dan diperlukan sebagai seorang guru pelatih.





Masa untuk praktikum tinggal lebih kurang 2 bulan saja lagi. Begitu juga hari yang dinanti-nantikan oleh saya dan si dia. Hanya tinggal lebih kurang 3 bulan saja lagi. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan daripadaNYA. InsyaALLAH.. Rasa gementar pun ada walaupun masa itu masih lagi lama rasanya. Masa itu akan tetap datang jua..

Ahad, 8 Januari 2012

Ikan siakap kukus asam limau


Bahan-bahan: Bahan dicincang:

1 ekor ikan siakap 10 tangkai cili padi
5 biji limau nipis- diambil jusnya 5 batang daun ketumbar
2 sudu sos ikan 5 ulas bawang putih
Garam dan gula

Cara membuatnya:

1. Ikan dikukus selama lebih kurang 10 minit. Gaulkan baha-bahan yang dicincang bersama jus limau nipis, sos ikan, garam dan gula.
2. Tuangkan di atas ikan yang telah dikukus. Kukus dalam 5 minit dan angkat. Hidangkan.

Daging bakar air asam

Bahan-bahan:
500 gm daging batang pinang
1 sudu besar serbuk lada hitam
4 sudu besar serbuk cili
3 ulas bawang putih
½ inci halia dikisar
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk air asam:
10 tangkai cili padi
1 biji tomato
1 biji bawang besar
½ sudu besar belacan
1 mangkuk air asam jawa
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukupnya


Cara membuat:

1. Perap daging dengan serbuk cili, lada hitam dan bahan yang telah dikisar. Perapkan selama satu jam.
2. Bakar daging dengan suhu 180 darjah celsius selama satu jam.
3. Ambil air asam jawa campurkan dengan belacan, cili padi, tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa dan air limau nipis. Hidangkan bersama daging yang telah siap dibakar.


GUBAHAN HANTARAN

wallet and belt

perfume

sejadah

bauhulu ikan

kasut

kuih kapal terbang

kain pelekat

buah-buahan

agar-agar kering





Ahad, 25 Disember 2011

TIPS MEMBELI KERETA


kereta baru


kereta terpakai

Adakah anda merancang untuk membeli kereta? Anda keliru hendak beli kereta baru atau terpakai 2nd hand? Tentu ianya susah untuk membuat pilihan dengan betul? Jadi saya mempunyai beberapa tips untuk membeli kereta baru atau kereta terpakai.

Sekiranya kereta merupakan satu keperluan dan bukannya kehendak, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin membeli kereta baru atau kereta terpakai. Ramai orang yang menganggap dengan membeli kereta baru adalah lebih baik berbanding kereta terpakai kerana kos penyelenggaraan lebih murah dan rendah. Namun ianya juga terdapat kelemahannya juga.

Sebelum membuat keputusan, anda perlulah menilai dahulu kemampuan diri anda. Jika membeli kereta baru boleh membebankan belilah kereta terpakai yang masih dalam keadaan baik. Ianya tidak akan membebankan anda untuk menjalani kehidupan seharian.

Jika anda membeli kereta terpakai dapatkan dahulu nasihat daripada mekanik yang boleh dipercayai atau jalani pemeriksaan di PUSPAKOM. Hal ini bagi mengelakkan daripada ditipu dan kereta tersebut mempunyai masalah di kemudian hari. Sekiranya anda mengambil keputusan untuk memohon pinjaman kereta, cari pakej terbaik mengikut kemampuan diri. Dapatkan maklumat berkaitan dengan kadar faedah yang dikenakan.

Kadar faedah untuk pinjaman kereta biasanya dikira berasaskan kaedah sama rata. Mengikut Akta Sewa Beli 1967, kadar faedah maksimum yang dibenarkan ialah 10% setahun. Kiraan faedah adalah berdasarkan faedah ke atas jumlah pokok untuk sepanjang tempoh pinjaman sewa beli.

Contoh pengiraannya adalah seperti berikut:

Harga kereta xxx= RM 50000

Bayaran pendahuluan/downpayment @10% x=RM 5000

Jumlah pinjaman sewa beli x= RM 45000

Kadar faedah (kadar sama rata) x = 5% setahun

Tempoh pinjaman xxx = 5 tahun (60 bulan)

Pengiraannya:
jumlah faedah yang dikenakan

= jumlah pinjaman x kadar x tahun

= RM 45000 X 5% X 5

= RM 11250

JUMLAH PINJAMAN + FAEDAH

=RM 45000 + RM 11250

= RM 56250

JUMLAH ANSURAN BULANAN

=RM 56250 / 60 bulan

= RM 938

Rabu, 14 Disember 2011

UDANG TEMPOYAK DAUN KAYU




Bahan-bahan:

Bahan untuk digiling:

Bahan untuk dihiris:

1 kilo udang

3 papan petai

1 biji kelapa

4 sudu besar tempoyak

Garam dan serbuk perasa

10 tangkai cili padi

1 inci kunyit hidup

1 biji kelapa-santannya

5 ulas bawang merah

5 batang serai

4 helai daun kunyit

5 tangkai pucuk ubi

3 tangkai pucuk labu

4 helai pucuk kaduk

Cara membuat:

1. Udang dibersihkan. Kupas petai dan ambil isinya manakala kulitnya dibuang.

2. Masukkan santan bersama bahan yang telah digiling tadi dan panaskan hingga pekat.

3. Kemudian masukkan bahan yang telah dihiris dan diikuti petai, udang dan tempoyak

4. Tambahkan garam dan serbuk perasa. Kacau seketika dan sedia untuk disajikan.