Rabu, 13 Oktober 2010

cerpen : Ketentuanku

Sudah seminggu cuti midsemester aku berlalu, tinggal tiga hari saja lagi untuk aku pulang ke kampus. Terasa sekejap saja cuti kali ini, pejam celik sudah seminggu berlalu tanpa aku sedari.

“ Huh..dah seminggu rupanya, aku rasa baru lima hari. Malasnya nak balik kolej.” dengusku.

Di pagi hari yang sunyi sepi itu, aku termenung keseorangan di hujung jendela rumahku. Tetiba aku teringat akan apa yang telah dikatakan oleh Halimah tempoh hari.

“ Syahree kau tu,dah berpunya!! Buat apa kau tunggu dia lagi. Tak ada gunanya..Lagipun aku dengar dia dah nak bertunang. Daripada kau tunggu dan menagih cinta dustanya tu, lebih baik kau terima saja cinta orang yang mencintai kau,” terngiang-ngiang lagi kata-kata Halimah itu.

“ Kau dah tengok dengan mata kau sendiri yang dia ada perempuan lain? Jangan tau tuduh macam tu je!,” marahku kepada Halimah.

“ Ita..ita..kalau aku tak tengok dengan mata kepala aku sendiri, masakan aku nak cerita kat kau. Kau tu kawan baik aku, tak kan la aku nak biarkan kau dipermainkan oleh lelaki buaya darat tu? Cubalah kau fikir sikit. Bukalah mata kau tu luas-luas,” Halimah membalas.

“Selagi aku tak tengok dengan mata kepalaku sendiri, aku tak percaya yang dia ada perempuan lain. Entah-entah kau tersilap tengok kot.” Balasku dengan tegas.

“Mata aku ni masih terang lagi. Aku nampak dia dengan perempuan lain, siap berpegangan tangan dan tanpa segan silunya mereka berpelukan. Kalau kau tak percaya, cubalah kau tanya Maira”. Balasnya

Aku terkedu mendengar Halimah berkata begitu. Selama aku mengenali Halimah, dia tidak pernah menipu kepada aku atau sesiapa pun. Begitu juga dengan Maira. Sekarang apa yang perlu aku buat ialah melihat sendiri dengan mata kepala aku. Aku tidak sanggup berjauhan dengannya kerana dialah cinta pertamaku. Perkara itu sering melayang-layang difikiranku. Aku terfikir, adakah apa yang dikatakan olehnya benar ataupun dusta belaka? Aku kebingunggan. Apakah ketentuanku untuk jadi begini dan kemahuanku tidak dikabulkan olehNya? Tapi aku perlukan bukti yang menyatakan Syahree sudah berpunya dan bakal bertunang.

Kemudian Halimah berkata pula, “Seandainya ada ketentuan kau dengan si Syahree, memang bernasib malanglah kau. Dia tu suka berfoya-foya, perempuan keliling pinggang, suka mabuk-mabuk. Aku hairan macam mana kau boleh tersangkut dengan laki buaya darat tu? Alangkah baiknya, kalau kau terima cinta orang yang mencintai kau dan sanggup bersusah payah kerana kau. Apa kau dah buta? Tak nampak laki yang sebaik Hairi tu”.

Aku senyap tanpa berkata. Air mataku mula berlinangan di kelopak mata. Tetiba air mataku mula menitis ke tanah bagaikan embun yang menitis di pagi hari kemudiannya deras mengalir bagaikan hujan yang menimpa bumi.

Kata-kata Halimah itu bagaikan satu panahan petir buat diriku. Berkecai hatiku ini. Tiba-tiba badanku lemah longlai bagaikan nak pitam. Nasib baiklah Maira yang ketika itu pulang dari perpustakaan sempat menyambarku kemudian Maira memapahku ke kolej. Maira tahu akan hal ini, tapi dia tak seberani Halimah untuk menceritakan hal yang sebenarnya. Aku tahu mereka sangat sayang padaku. Mereka sudah lama tahu Syahree itu sudahpun mempunyai teman wanita dan kaki perempuan tapi aku yang berdegil tidak mahu mempercayai mereka. Syahree pandai bermain dengan kata-kata dan setiap ayat yang digunanya boleh mencairkan mana-mana perempuan yang dekat dengannya.

Setelah habis cuti midsemester, tibalah masanya aku pulang ke kampus. Tengah hari itu, aku dan Maira pulang agak lewat ke kolej. Manakala Halimah pula pulang lebih awal. Setelah kami sampai di kolej, aku telah diberitakan yang Syahree telah pun bertunang.

“Apa?? Dia dah bertunang! Dengan siapa?” tanyaku kepada Halimah dengan tegasnya.

“ Dia bertunang dengan anak Datuk Ismail, rakan kongsi bapanya,” balas Halimah tegas.

Aku sungguh terkejut dengan berita itu. Halimah dan Maira sudah menyangka akan hal ini. Aku betul-betul dipermainkan oleh lelaki buaya darat itu.

Tut..tut..tut.. Aku cuba menelefonnya, tapi tidak dapat.

Hatiku mula tak tentu arah. Tiba-tiba mataku terasa pedih. Air mataku mula membasahi bumi. Tanpa berfikir panjang, aku membuat keputusan untuk pergi ke rumahnya.

“ Aku mesti pergi..aku mesti pergi..”detik hatiku. Hatiku masih kuat mengatakan Syahree belum bertunang. Aku perlu tengok sendiri.

Setibanya aku di hadapan rumah Syahree, aku terkesima melihat dia dan seorang wanita sedang bergurau senda sambil menikmati minuman petang. Kemudian aku terlihat dia memegang tangan wanita itu dan menciumnya. Dadaku mula sebak apabila melihat mereka begitu.

“ Syahree!Syahree!,” panggilku.

“ Hei..kau ni siapa? Apa kau nak?” tanya tunangnya.

“ Kau tanya aku ni siapa? Kau tanyalah dia.” Jawabku.

“Siapa dia ni sayang? Tetiba saja datang, terjerit-jerit macam orang gila,” tanya perempuan yang bermulut lancang itu kepada Syahree.

“Entah. Sayang tak kenal dia pun. Mungkin orang gila agaknya,” balas Syahree tanpa menghiraukan aku.

Sayu hatiku ketika itu. Terasa bagaikan diri ini seperti dipanah petir. Hatiku mula panas dengan kata-katanya si mulut manis dan buaya darat itu.

“Sampai hati kau buat aku begini? Janji kau untuk setia bersamaku buat selamanya, kau musnahkan begitu saja!” jerkah aku kepadannya.

“Janji setia bersama? Siapa dia ni sayang?,” tanya perempuan itu pelik.

“Jom, kita masuk! Pedulikan orang gila ni.” kata Syahree kepada tunangnya. Dia langsung tak mengendahkan aku, malah dia terus masuk ke dalam rumah bersama perempuan itu.

Ya Allah. Apakah ini ketentuanku? Mengapa aku diseksa begini,detik hatiku. Nak pitam aku dibuatnya. Sampai hati dia sanggup buat aku begini. Tanpa aku sedari, air mataku mengalir dipipi dan fikiranku mula melayang-layang. Hairi sudah lama mengekori aku dari kolej lagi. Aku tidak menyedari kehadirannya. Aku melintas jalan seperti orang yang hilang arah dan akal.

“Mashitah.. Awak buat apa ni?,” Hairi merentap tanganku.

“Lepaskan aku! Lepaskan aku!,” jerkahku padanya.

“Awak dah gila ke? Melintas jalan tak tentu arah ni!” marah Hairi padaku.

“Kenapa awak ikut saya? Awak nak apa?,” tanyaku padanya yang penuh kesayuan.
Hairi terus menarik aku masuk ke dalam keretanya. Di dalam kereta, dia senyap tanpa bertanya dan berkata sepatah pun. Aku tidak mampu untuk berkata apa-apa. Aku letih dan tidak bermaya.

Tibanya aku di kolej, Maira dan Halimah sudah pun menunggu aku. Mereka memimpin aku masuk ke bilik.

“Terima kasih Hairi kerana tolong Mashitah. Kalau kau tak ikut dia tadi, entah apa la yang akan terjadi. Nasib baik kau telefon aku kalau tak, aku langsung tak tahu dia pergi ke rumah laki tu.” Kata Halimah kepadanya.

“ Tak apa. Lagipun kebetulan aku ternampak dia keluar dengan tergesa-gesa. Aku pun ikut dia.”balas Hairi.

Dalam bilik, aku ditemani oleh Halimah dan Maira. Mereka takut apa yang akan berlaku di luar jangkaan mereka. Tiba-tiba Halimah bersuara.

“ Ita. Kau perlu bersabar dengan dugaan Allah ini. Allah tu Maha Penyayang dan Pengasih terhadap hambaNya. Inilah yang dikatakan ketentuan. Tak semua kemahuan yang kita ingini, kita akan dapat. Kalau Allah tak tunjukkan pasal hal ni, suatu hari nanti kau akan tahu juga. Kau akan parah.” Nasihat Halimah padaku.

“ Maafkan aku. Selama ini aku tak percayakan kata-kata kau. Aku buta dan terpukau dengan ayat-ayat manisnya. Aku diperbodohkan,diperalatkan.”kataku pada Halimah sebak.

“Jangan cakap macam tu. Kami tak pernah salahkan kau.”jawab Maira.

“Sekarang ni, kau perlu banyak beristighfar, sabar dan tenangkan fikiran. Kau perlu banyak berehat. Jangan fikirkan lagi perkara-perkara tu.”kata Maira.

“Terima kasih Halimah, Maira. Insya-Allah aku akan cuba.” Balasku sayu.

Setelah tiga bulan aku cuba melupakan Syahree, dia kembali mendekati aku. Dia cuba melemparkan kata-kata manisnya untuk mengaburi segala tohmahannya pada aku.

“ Mashitah. Dengar dulu penjelasan I. I tak sanggup berjauhan dengan U. Kalau U tak ada depan mata I,tak tenteram hidup I. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Wajah U sering membayangi I.”katanya padaku dengan penuh nada romantis.

“Dasar laki tak tahu malu. Dah la kau kata aku gila. Kau biarkan aku macam tu saja. Kau anggap aku ni sampah buat kau. Senang-senang saja kau boleh lempar aku kat mana-mana.
Dasar laki buaya darat!”marahku meluap-luap.

“I tak berniat macam tu. I terpaksa bertunang dengan dia. Ini semua kehendak mama dan papa I. I tak nak kahwin....”. Dia cuba menjelaskan padaku dengan penuh sayu dan memujuk.

“ Kau ingat aku nak percaya cakap kau. Kau tipu aku hidup-hidup. Huh..selama ni aku percaya dengan kata-kata manis kau tu. Tapi sekarang tak lagi. Aku tak kan percaya kata-kata busuk kau tu. Faham!” celahku belum sempat dia menjelaskan.

“ Sekarang aku bahagia disamping Hairi. Dia banyak memberi semangat dan menolong aku. Aku rasa lebih tenang bila berada disampingnya. Tak macam kau. Suka mainkan perasaan dan hati perempuan. Daripada aku buang masa cakap dengan kau, lebih aku pergi sembahyang zohor. Layan kau ni, sampai esok pun tak habis. ”balasku padanya sinis.

Tanpa membuang masa aku berlalu pergi tanpa menghiraukan dia. Terkesima dia melihat aku berkata begitu. Selama ini aku tidak pernah meninggikan suara dan berkata begitu. Kali ini aku seperti mendapat satu kekuatan yang baharu untuk bersemuka dengan dia.

cerpen : Warkah tak berbalas

“Ada orang kata, cinta pertama ini tidak semuanya indah kerana ia akan melukakan kita. Ada juga orang kata, cinta pertama ini sangat bermakna dan berharga buat diri kerana ia akan mengingatkan kita saat-saat yang paling susah untuk kita lupakan,”kata Zihan kepadaku.

Kata-kata Zihan kepada aku tempoh hari tidak dapat aku lupakan. Kata-katanya itu seperti ada sesuatu yang dia ingin beritahu kepada aku. Tapi mengapa tiba-tiba saja dia bertanya kepada aku begitu? Apa yang dia cuba terangkan kat aku? Getus hatiku.

Di perpustakaan sedang asyik aku menelaah, tiba-tiba aku didatangi seorang lelaki yang berbadan kurus dan tinggi lampai. Dia menghampiri ke tempatku. Aku kehairanan melihat lelaki itu. Kemudian dia bertanya kepada aku.

“ Cik Maira ke?” tanyanya kepadaku.

Mataku terkebil-kebil melihat dia. Dari riak wajahnya aku langsung tidak mengenali pemuda itu, apatah lagi nampak kelibatnya di kawasan sekitar. Terlupa pula aku, yang aku kini berada di kampus, ramai pelajar dari pelbagai kos.Tak kanlah aku akan kenal semua orang, getus hatiku sendirian.

“ Ya, saya.” Jawabku.


“Macam mana awak tau nama saya ni? Kita pernah berjumpa ke?”tanyaku bertubi-tubi.

Lelaki itu mula memperkenalkan dirinya kepada aku. Aku masih lagi kehairanan. Mengapa aku pula yang dia tanya? Kenapa bukan orang lain? Atau dia ni nak apa-apa daripada aku kot?

“Saya, Haikal. Pelajar tahun dua jurusan pengurusan perniagaan.”jelasnya kepadaku.

Buang tabiat kot budak ni? Aku tanya lain, dia jawab benda lain?tawa hatiku.

“ Saya disuruh sampaikan surat ni kat Cik,”kata Haikal.

Dup..dap..dup..dap..jantungku mula berdegup kencang. Hatiku mula resah gelisah memikirkan surat yang diberi ini.

“ Eh, Hai......,” Kemudian dia berlalu belum sempat aku bertanya kepadanya.

Aku terpinga-pinga melihat surat yang ditinggalkan oleh Haikal tadi.

“ Siapa pula suruh dia bagi surat ni kat aku?”getus hatiku gundah gulana.

Kring..kring...kring...Tiba-tiba telefon aku berbunyi.

“Assalamualaikum. Hang kat mana tu Maira?”tanya Jihah.

“Waalaikumsalam.Aku kat perpustakaan ni. Ada apa?”tanyaku.

“Cik Maira oi.. Tak mau masuk kuliah ke? Jap lagi kuliah dah nak mula.”kata Jihah.

“La pukul berapa? Bukannya pukul 10 pagi ke?”tanyaku kepadanya.

“Jam hang mati kot. Dah pukul 10.55 pagi tau. Dok berangan lagi. Cepat mai kelas, nanti kena denda pulak. Hang bukan tak kenal Puan As tu. Tak pasal ja hang kena berleter.”katanya sedikit membebel.

“Ya Allah. Jam aku mati la. Patut la aku rasa lama sangat dok kat sini. Baiklah Cik Jihah oi.. Sat lagi aku sampai no.” Jawabku separuh ketawa.

Aku dan Jihah ibarat isi dengan kuku. Tidak boleh dipisahkan. Ke mana-mana sahaja pasti bersama. Cuma pagi ini, Jihah ada hal yang perlu diselesaikan. Jihah kawan baik aku dari sekolah rendah hinggalah kami menjejakkan kaki ke universiti. Segala rahsia pasal aku dia tahu dan segala rahsia dia aku tahu. Kami tak pernah simpan rahsia.

Habis kuliah pagi itu, aku dan Jihah pergi ke Pustaka Amani untuk mencari buku rujukan. Tiba-tiba dalam perjalanan kami menuruni tangga, buku-buku aku jatuh. Buk.... Zihan tiba-tiba muncul mengutip buku-buku itu.

“ Hai..tak larat ke cik adik.” Seloroh Zihan.

Aku terkejut melihat dia berada di hadapanku. Setiap kali aku berhadapan dengannya pasti aku teringatkan kata-katanya. Ada maksud yang terselindung disebalik kata-katanya itu.

“ Maira...Maira....”panggil Zihan dan Jihah.

“Mak cik ni mengelamun ke? Maira..hang ni pasal apa? Macam orang nampak hantu,” seloroh Jihah kepadaku.

Aku tersedar dari lamunan. Entah kenapa kata-katanya tempoh hari sering bermain difikiranku.
“Eh, apa hang cakap tadi? Sorry aku tak dengar tadi”balasku kepada Jihah.

“Nak ke mana?” tanya Zihan kepada kami.

“Nak pi Pustaka Amani. Hang dari mana dan nak ke mana?” tanya Jihah.

“Aku dari perpustakaan nak ke kelas. Ada kuliah. Maira, kenapa muka awak nampak pucat dan keletihan?”katanya.

Lamunanku tiba-tiba terhenti apabila mendengar pertanyaannya.

“Hmmm....tak ada apa-apalah. Biasa je. Mungkin saya tak cukup rehat sebab semalam saya tidak tidur siapkan assignment,” balasku lemah.

“ Owh, awak kena la berehat. Jangan selalu tidur lewat. Nanti kesihatan terjejas pula. Ok, nanti kita jumpa lagi.” nasihat Zihan kepadaku sambil berlalu dan memandang ke arah aku dengan penuh tanda tanya.

“Ok, nanti kita jumpa lagi dan jangan lupa belanja sekali.”balas Jihah bergurau.

“Cik kak oi...mengelamun lagi ke?” tanya Jihah kepadaku.

“Tak la. Aku nak balik kolej terus la. Ada kerja yang perlu aku bereskan. Aku terlupa pula nak poskan kain kat tok aku.”kataku.

“Laa. Kata tadi nak pi tengok buku? Tak mau pi pula? Tak pa lah. Aku pi sorang. Hang balik la dulu, nanti aku beli buku tu kalau ada.” Balas Jihah.

Kami berpisah mengikut destinasi masing-masing. Aku rasa bersalah kerana telah menipu Jihah. Sebenarnya aku pulang awal ke kolej kerana teringatkan kata-kata Zihan tempoh hari. Kata-katanya masih berlegar-legar di mindaku. Dalam bilik aku terus tertidur.

“ La. Mak cik ni tidur rupanya. Dah masuk zohor ni. Maira..maira..bangun. Dah zohor ni.”Jihah kejutkan aku dari lenaku yang pendek itu.

“Bila hang balik? Aku tak dengar pun.” Kataku kepada Jihah.

“Hang tidur mati. Mana nak dengar.”seloroh Jihah.

Tiba-tiba aku terjatuh semasa hendak ke tandas untuk mengambil wuduk.

“Ya Allah. Maira!!” jerit Jihah.

Aku pengsan dan telah dikejarkan ke hospital yang berhampiran. Di hospital aku dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami pendarahan melalui hidung dan telinga.

“Ya Allah. Selamatkanlah sahabatku. Berilah kekuatan kepadanya untuk teruskan kehidupan ini. Kau sembuhkanlah dia.” bisik hati Jihah.

Zihan yang mengetahui hal itu terus datang ke hospital.

“Jihah. Apa dah jadi kat Maira?” tanya Zihan dengan cemasnya.

Jihah menangis apabila mengenangkan aku. Aku tidak dapat bertahan lama lagi. Aku mengetahui penyakit barah otak sewaktu aku di semester pertama lagi. Waktu itu doktor baru dapat mengesannya dan penyakit aku berada di tahap kritikal jika di buat pembedahan. Aku cuba ikhtiar cara tradisional, tapi tidak berkesan juga. Akhirnya, hari ini aku dikejarkan ke hospital.

“Jihah. Aku tanya kau ni? Apa dah jadi kat Maira?” tanya Zihan lagi.

“Sebenarnya Maira menghidap penyakit...penyakit...”kata Jihah tersedu-sedu.

“Penyakit apa?”tanya Zihan semakin cemas.

Tiba-tiba telefon bimbit Jihah berbunyi dalam beg tangannya. Jihah hanya menatap skrin telefonnya. Dia tidak dapat berfikir dengan tenang. Lidahnya kelu untuk berbicara. Dia membiarkan sahaja telefon itu berbunyi. Kemudian Zihan dengan pantas mengambil telefon bimbitnya dan melihat Encik Kamil, pensyarah Akaun yang menelefonnya. Zihan menjawab panggilan itu.

“ Assalamualaikum. Jihah, kenapa assignment awak dan Maira belum hantar lagi?, “ kata Encik Kamil dengan tegasnya.

“ Waalaikumsalam. Maafkan saya Encik Kamil, saya kawan Jihah”, kata Zihan.

“ Mana Jihah?” tanya Encik Kamil.

“ Jihah dan saya berada di hospital. Maaf Encik, dia tidak dapat nak bercakap,” kata Zihan.

“ Kenapa? Apa yang dah berlaku?,” tanya Encik Kamil dengan cemasnya.

“ Maira pengsan dan telah dimasukkan ke hospital. Dia mengalami pendarahan melalui hidung
dan telinga. Jadi Jihah dan saya menemani Maira di sini.” Kata Zihan menghabiskan perbualan.

Zihan melihat Jihah begitu sayu. Apakah yang telah terjadi kepada Maira sebenarnya. Getus hati Zihan. Perasaan sedih dan pilu menyelubungi mereka ketika menunggu keputusan doktor.

Tiba-tiba Zihan teringat sesuatu.

“Adakah Maira dah baca surat tu? Adakah disebabkan surat aku tu?”bisik hatinya tidak tenang.

Zihan serba salah ingin bertanya kepada Jihah. Dari tadi, Jihah asyik ke hulu ke lihir sahaja. Tidak tenang Zihan melihatnya begitu. Mereka juga telah memberitahu kepada keluargaku. Sekarang mereka semua dalam perjalanan ke hospital. Jihah yang tadinya ke hulu ke hilir, kini dia tertidur di atas bahuku. Setelah 5 jam Maira berada di dalam bilik kecemasan barulah doktor keluar.

“Doktor bagaimana dengan keadaannya?”tanya Jihah dan Zihan.

“ Adakah kamu berdua ni, ahli keluarganya?”tanya doktor.

“Tak doktor. Kami ini kawan dia. Saya teman sebiliknya. Ibu bapa dia dalam perjalanan ke sini doktor.” Kata Jihah.

“ Saya harap kamu berdua dapat ikut ke bilik saya.”kata doktor.

Dalam perjalanan ke bilik doktor, Jihah dan Zihan gelisah dengan keputusan yang akan diberikan oleh doktor.

“ Silakan duduk. Okey, saya harap kamu berdua dapat bertenang dan bersabar. Saya dah cuba sedaya upaya untuk membantu menyelamatkan Cik Maira. Dia sebenarnya mengalami darah beku dan ketumbuhan di dalam otaknya. Dia berada dalam tahap yang kedua yang mana dia masih ada 50 peratus untuk hidup. Namun saya akan cuba sedaya upaya saya untuk membantu beliau. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah S.W.T.” Kata doktor.

Ya Allah! Apa yang telah berlaku sebenarnya? Getus hati Zihan sendirian. Tiba-tiba butir mutiara dari matanya telah jatuh ke bumi. Zihan masih tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Dia seolah-olah baru bermimpi. Jihah terkejut dan hampir pengsan apabila mendengarnya dan air mata yang telah lama menakung dalam kelopak matanya tidak dapat ditahan lagi. Kemudiannya, doktor meninggalkan mereka berdua di dalam bilik tersebut untuk bertenang seketika.

Dua minggu aku ditahan di wad. Zihan tidak pernah sehari pun tidak melawatku di hospital. Dia tetap menemani aku sekiranya dia tidak ada kelas. Kadang-kadang malam pun dia menemaniku. Jika Jihah tidak dapat teman aku, Zihan akan menggantikan tempatnya. Aku begitu terharu dengan pengorbanan mereka. Tidak dapat aku membalasnya.

Setelah sebulan aku di wad, aku sedar dari koma. Aku melihat sekeliling aku dengan penuh kehairanan. Tiba-tiba aku terpandang Zihan yang tertidur di sebelahku. Aku tidak ingat apa yang telah berlaku kepadaku. Sayu aku melihat Zihan yang terlentuk di sebelahku. Tiba-tiba mataku berpinau-pinau melihat cahaya lampu neon. Aku mula merasa kepalaku sangat berat dan hidungku mula mengalirkan cecair. Aku cuba untuk bangun dari tidurku, namun tidak mampu untuk aku lakukannya. Tatkala itulah, kepalaku mula berpusing-pusing, suaraku seakan tersekat-sekat tidak mengizinkan suaraku dilontarkan dan mataku makin tertutup. Tidak lama kemudian, aku terdengar suara Zihan sedang memanggil-manggilku, namun aku tidak mampu untuk berkata-kata dan menggerakkan tanganku. Akhirnya, aku lelap dalam mimpi dan lenaku yang panjang dan tidak akan cerah kembali.

Setelah beberapa bulan kemudian. Jihah sedang mengemas barang-barang aku, tiba-tiba buku aku terjatuh. Buk....

“Eh, surat apa pula ni?”bisik hati Jihah sendirian Kemudian Jihah membaca surat yang masih belum dibaca oleh aku. dalam surat itu.

Assalamualakum.. Maafkanku Maira. Kerana tidak bersemuka sendiri.Jadi saya layangkan warkah ini untuk menyatakan hasrat yang terpendam di sudut hati kecil ini. Semenjak saya mengenali awak, saya sudah tertawan dan jatuh hati pada awak. Cuma saya tidak berani untuk menyatakannya. Saya takut niat dan perasaan yang terbuku di hati ni tak terbalas. Jadi saya utuskan warkah ini untuk nyatakan perasaan dan hasrat saya. Saya cinta dan sayangkan awak. Nur Umairah yang membawa maksud “permaisuriku” itu saya nak jadikannya sebagai impian saya. Saya nak jadikan awak sebagai permaisuri hidupku yang sentiasa bertakhta di hati ni. Saya amat mengharapkan awak. Saya akan nantikan jawapan dari awak. Biarlah selama mana pun. Saya cinta dan sayangkan awak. Saya akan nantikan awak. Setia nantikan awak.

Yang benar,
Zihan.

Jihah menangis apabila dia membaca warkah itu. Rupa-rupanya selama ini Zihan menyimpan perasaan terhadap Maira. Jihah sangat sedih dan bersimpati terhadap Zihan kerana Maira tidak sempat membaca warkahnya.

“ Adakah Zihan dah tahu yang Maira tak sempat membaca warkah cintanya? Warkahnya tak berbalas.”bisik hati Jihah sedih.