Rabu, 26 Januari 2011

Kejohanan Bola Baling Peringkat IPG KBM, PISMP 5K & 5L


Kejohanan bola baling tertutup peringkat IPG KBM, PISMP 5K & 5L ini diadakan bagi melengkapkan salah satu daripada amali pengurusan pendidikan jasmani dan sukan. Kejohanan ini wajib bagi setiap pelajar semester 5 yang mengambil subjek minor Pendidikan Jasmani. Kejohanan ini akan berlangsung seperti berikut:


Tarikh : 19 Februari 2011
Masa : 0730 am - 1300 pm
Tempat : Padang IPG KBM.
Peserta : Terbuka kepada pelajar perempuan IPG KBM.
Tarikh tutup penyertaan : seminggu sebelum kejohanan.


Yuran Pendaftaran : RM1 seorang.

hadiah dan sijil akan disediakan.




Kepada sesiapa yang ingin mendaftar untuk kejohanan ini, anda boleh memberi nama kepada pelajar PISMP 5K dan 5L.

Sabtu, 15 Januari 2011

Asia Master Athletics Championships,Bukit Jalil 2010.


Gambar: Aku dan Pae
hah..kalo tgk aku dengan si budak kenet ni memang orang akan kata, " hai...ke mana saja muka depa dua orang ja...tang sana jumpa, tang sini jumpa...". Tu lah aku dan pae. Tak sah kalo aku ni jalan tak dak dia, mesti dia mengekoq ja ke mana saja aku pi walaupun ke tandas..hehe (tu pun aku la yang ajak dia teman pi..almaklumla penakut..hehehe) Waktu cuti bulan 12 tahun lepas, aku dan pae ni ada la jadi volunteer dalam sukan ASIA...Pae dan kawan-kawan yang lain jadi ajk hadiah. Manakala aku pulak, jadi ajk Sijil..kira tak dak la berat sangat keja aku...Cuma seksa sikit la nak buatnya, almaklumla banyak yang nak kena taip..dah tu nama pulak yang berbelit-belit...hai...punyalah susahnya...kami berada di sana selama 10 hari iaitu bermula daripada 3hb-12 disember 2010. macam-macam benda yang kami belajar kat sana. at least dapat lah kami ni dapat lah ilmu sal2 sukan ni..tak la teruk sangat..

gambar: semua yang terlibat dalam melaksanakan sukan AMAC.

Inilah tenaga kerja yang bertungkus lumus dlm menjayakan sukan AMAC.Bukan senang tau bila kita yang jadi tuan rumah dalam apa juga acara yang besar. Tambahan pula ni peringkat ASIA,ni dah dikira peringkat yang tinggi. Pape pun semuanya dah selesai. Best lah masa join sukan ni. InsyaALLAH kalau ada lagi sukan2 yang macam ni, memang nak join. pengalaman dalam menyertai sesuatu bidang atau kerja tu sangat penting. Bila peluang tu datang, kita jangan lah buat tak tau ja, tolak sana, tolak sini. Baik kita rebut apa saja peluang yang ada. Kadang-kadang perkara macam ni hanya akan datang sekali ja dalam hidup kita. Maka di sini saya ingin berpesanlah kepada semua rakan-rakan, jika sesuatu peluang tu diberi rebutlah sebelum tiada peluang kedua.

gambar: kak Gaithiri, abg Hafiz dan aku.

Ni lah keja tempat keja kami. Buat sijil memang dah jadi kepakaran kami..hehe (bangga la pulak). Kak Gaithiri dan abang Hafiz banyak bantu aku dalam buat keja2 ni. Team kami ni memang the best la. Bukan mudah nak buat keja2 mcm ni, tmbah2 bila nama peserta yang menang ni bukannya pendek2,tapi semua panjang berjela-jela. Nak muntah bila aku baca, especially dari India dan Sri Lanka. Nama depa punyala panjang. memang kirim salam la sapa yang buat( aku la tu), punya la takut sijil tu rosak dah kena check satu persatu nama peserta tu. bukan check kot buku ja, malah cari peserta tu sendiri. takut2 nanti depa mai dok komplain nak tukaq nama pulak. kan dah susah tu. tapi pape pun, keja kami memang tebaik punyer lah...hehe

Sabtu, 8 Januari 2011

Doa Awal Tahun




Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi ALLAH sekian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW dan atas keluarga dan sahabat2 baginda sekalian. YA ALLAH, Engkaulah TUHAN yg kekal selama-lamanya,sedia ada tiada permulaan. KelebihanMU Maha Besar dan KemurahanMU sgt2 diharapkan. Tibalah sudah tahun baharu, kami mohon kepadaMU agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baharu ini daripada segala tipu daya syaitan2 terlaknat dan juga daripada kuncu2 syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripadaMU akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong ke arah kejahatan). Kami mohon juga kepadaMU YA ALLAH akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMU. YA ALLAH YG MAHA AGUNG LG MULIA. YA ALLAH TUHAN YG SEBAIK-BAIK MENGURNIAKAN RAHMATNYA.

Jumaat, 7 Januari 2011

TIPS BERJIMAT CERMAT


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.....Alhamdulilah, akhirnya tahun ni saya dah berjaya masuk ke tahun baru iaitu tahun 2011. ALLAH SWT masih memberikan saya nafas untuk terus hidup di muka bumi ini. Tahun ni merupakan tahun ketiga saya berada di IPG KBM. pejam celik,pejam celik dh tahun ketiga. tggl lagi sthun je saya nk hbis bljr dan berada di IPG KBM nih...tahun baru ni, nk mulalah episod baharu perjalanan hidupku sbgai pelajar di kampus.. makin lama makin hebat cabaran kehidupan..walaubagaimanapun cabaran yang mendatang, saya tetap kena hadapinya dengan tenang.. haa..tambah2 awal thun mcm ni, msti kita rasa tertekan dengan duit elaun atau pinjaman PTPTN yg belum msuk, mengganggu fikiran dan pelajaran kita..jd saya ingin berkongsi beberapa tips dengan rakan2 bagaimana kita berjimat cermat supaya kita tidak menyusahkan ibu bapa kita..

10 Panduan Berjimat Cermat untuk Pelajar Kampus

Menjadi seorang pelajar kampus sudah tentunya bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda juga perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh menganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran anda.

Sebenarnya, pengurusan kewangan yang baik boleh dimulakan hanya dengan mempraktikkan teknik-teknik mudah menyimpan wang. Securities Industry Development Corporation (SIDC), cabang pendidikan dan pembangunan bagi Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia ingin berkongsi 10 panduan berjimat cermat untuk pelajar kampus. Setelah selesai membaca artikel ini, anda boleh mempraktikkan panduan-panduan yang diberi dan mengaplikasikannya mengikut keadaan kewangan anda selaku seorang pelajar.

Panduan 1: Amalkan Peraturan 10 Peratus
Secara amnya, Peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan. Contohnya, jika anda mempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah RM50. Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibubapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah yang diperolehi. Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa depan. Amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa akan datang.

Panduan 2: Wujudkan Dana Kecemasan
Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan dengan kejadian yang tidak dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau komputer mungkin rosak dan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai dana kecemasan, anda pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah. Namun, dengan adanya dana kecemasan, anda tidak perlu runsing dan berhutang dengan orang lain kerana anda mempunyai wang simpanan sendiri. Tetapi ingat: Dana kecemasan harus digunakan untuk KECEMASAN SAHAJA!

Panduan 3: Amalkan tabiat melabur
Menyimpan wang adalah tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan duit tersebut agar mendapat pulangan yang lebih. Amalkan tabiat melabur secepat yang mungkin supaya anda boleh mendapat pulangan yang maksimum daripada pelaburan. Rebutlah peluang daripada kuasa pengkompaunan dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan yang sesuai. Sebelum memulakan pelaburan, lakukanlah kaji selidik yang mencukupi dengan membaca prospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan, majalah perniagaan dan lain-lain. Dalam memilih produk pelaburan yang paling sesuai dengan tahap risiko, matlamat kewangan dan bajet yang ada,anda perlu mengenali sedikit sebanyak tentang konsep pelaburan.

Panduan 4: Buat perbandingan harga semasa membeli-belah
Dengan membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang. Sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati, anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli, malah akan sentiasa berusaha mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang anda!

Panduan 5: Potong kad kredit anda
Kajian yang dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bahawa 50% rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah. Statistik ini antara lain menggambarkan bahawa pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap. Tidak kiralah jika anda memilki kad kredit sendiri atau diberi kad kredit oleh ibubapa, tanyalah diri sendiri: “Perlukah saya memiliki kad kredit?” Ingat! Jadilah pengguna kad kredit yang bertanggungjawab kerana anda (atau ibubapa anda) yang perlu membayar hutangnya nanti!

Panduan 6: Kurangkan bil elektrik anda
Sedar atau tidak, tidak ramai yang mengambil berat isu penggunaan elektrik. Memasang lampu walaupun tiada orang di rumah merupakan suatu perkara lazim yang dipandang remeh walaupun ia merupakan satu pembaziran. Sebenarnya,apabila anda menjimat elektrik, anda juga menjimatkan wang. Antara perkara yang boleh dipraktikkan ialah mengekalkan kelajuan kipas pada tahap sederhana, menggunakan lampu jenis jimat tenaga, serta mengurangkan tahap kecerahan skrin komputer.

Panduan 7: Jadilah pelajar yang bijak
Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda juga perlu bijak berbelanja. Cetak tugasan anda di kedua-dua belah muka surat kertas, beli isian semula mesin pencetak dan bukannya kartrij pencetak, pinjam buku rujukan daripada pelajar senior/rakan/perpustakaan, sewa rumah bersama kawan-kawan dan makanlah di kampus. Secara amnya, perkhidmatan dan kemudahan di kampus seperti sewa asrama, fotokopi dan lain-lain adalah lebih murah, jadi ambillah kesempatan ini! Lebih elok lagi, kumpulkan kawan-kawan anda dan carilah peluang mendapatkan diskaun apabila membeli barang (buku, alat tulis, dll) secara pukal di kampus.

Panduan 8: Gunakan kad pelajar anda
Kad pelajar adalah salah satu instrumen yang sangat membantu dalam usaha anda menyimpan wang. Anda boleh menggunakannya untuk mendapat diskaun ketika menonton wayang, membeli buku, menaiki LRT, melayari Internet, bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. Bayangkan penjimatan yang anda dapat!

Panduan 9: Gunakan pengangkutan awam
Menggunakan pengangkutan awam biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding memandu kereta. Jika kurang minat menaiki pengangkutan awam, kongsi kereta bersama rakan-rakan! Fikirkan juga tentang membeli motosikal atau basikal supaya boleh menjimatkan wang untuk petrol. Sentiasa merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja. Sebagai contoh, jika destinasi yang dituju tidak jauh dan cuaca mengizinkan, apa salahnya jika berjalan kaki berbanding memandu kereta?

Panduan 10: Gunakan Internet untuk membuat panggilan
Daripada menghabiskan wang untuk menambah nilai telefon bimbit, apa kata anda membuat panggilan melalui Internet? Anda bukan sahaja dapat berbual sepuas-puasnya, malah tidak perlu membayar walau sesen pun (jika mengunjungi “wi-fi hotspot” percuma). Sekiranya terdesak atau terpaksa menggunakan telefon bimbit, jangan lupa bahawa lebih murah untuk menghantar mesej (SMS) berbanding membuat panggilan.

Kesimpulannya, kehidupan di kolej atau universiti bukanlah sekadar mentelaah pelajaran semata-mata. Selaku pelajar, anda juga akan menerokai pelbagai aspek kehidupan dan akan menempuhi pelbagai pengalaman yang mampu mencorak kehidupan anda kelak.Anda semestinya tidak mahu masalah-masalah berkaitan wang menjadi isu yang membebankan anda di kampus. Dengan mempraktikkan “10 Panduan” yang telah diberikan, anda sepatutnya boleh menikmati kehidupan kampus yang bebas daripada tekanan, seronok, dan mengujakan!