Khamis, 12 Ogos 2010

Amalan di bulan Ramadan


Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu :

1) melazimkan bacaan kalimah taiyibah

dlm satu hadis, dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah iaitu
"Laa ilaha illallah"dengan seikhlas hati maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

2)beristighfar


digalakkan juga beristighfar kerana Allah berjanji akan memberi kita
jalan keluar dari kesukaran dan membebaskan dari kesedihan. malah
insyaAllah akan memperolehi rezeki dari sumber yang tidak pernah
disangkakan.

3)memohon memasuki jannah

Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga:

"Allahhumma as'alukal jannata wa z'izubika minarnnar"

4)berlindung dengan-Nya daripada neraka Jahannam

Isnin, 9 Ogos 2010

KEHIDUPAN

Kehidupan...
Kadang kala indah,
Kadang kala pahit,
Kadang kala manis,
Kadang kala sedih dan sakit....
Namun inilah hakikat kehidupan..
Tidak semua yang kita impikan,
Adalah indah belaka...

Pastikan tercalit secebis keperitan dan kelukaan..
Tanpa diduga dan dipaksa,
Ia datang bagaikan tsunami...
Datang tanpa memberi salam...
Lalu meragut segenap jiwa...
Rakus dalam pelukan ombaknya yang ganas...
Lalu ia meleraikan dengan tangisan...

Tangisan yang berjujuran lerai dipipi,
Disimbahi dengan penuh kesyahduan..
Pilu rasanya hati tatkala dirobek dengan dugaan olehNYA..
Namun ingatlah...
Kehidupan ini bukanlah suatu yang mudah,
Pastikan ada rasa nikmatnya hidup...
Walaupun onak duri yang datang tanpa rasa simpati,
Kehidupan diteruskan...
Biar manapun sakitnya, lukanya hati..
Tapi ingatlah...
ALLAH pastikan menghadiahkan dengan nikmatNYA yang paling Agung...