
 Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.....Alhamdulilah, akhirnya tahun ni saya dah berjaya masuk ke tahun baru iaitu tahun 2011. ALLAH SWT masih memberikan saya nafas untuk terus hidup di muka bumi ini. Tahun ni merupakan tahun ketiga saya berada di IPG KBM. pejam celik,pejam celik dh tahun ketiga. tggl lagi sthun je saya nk hbis bljr dan berada di IPG KBM nih...tahun baru ni, nk mulalah episod baharu perjalanan hidupku sbgai pelajar di kampus.. makin lama makin hebat cabaran kehidupan..walaubagaimanapun cabaran yang mendatang, saya tetap kena hadapinya dengan tenang.. haa..tambah2 awal thun mcm ni, msti kita rasa tertekan dengan duit elaun atau pinjaman PTPTN yg belum msuk, mengganggu fikiran dan pelajaran kita..jd saya ingin berkongsi beberapa tips dengan rakan2 bagaimana kita berjimat cermat supaya kita tidak menyusahkan ibu bapa kita..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.....Alhamdulilah, akhirnya tahun ni saya dah berjaya masuk ke tahun baru iaitu tahun 2011. ALLAH SWT masih memberikan saya nafas untuk terus hidup di muka bumi ini. Tahun ni merupakan tahun ketiga saya berada di IPG KBM. pejam celik,pejam celik dh tahun ketiga. tggl lagi sthun je saya nk hbis bljr dan berada di IPG KBM nih...tahun baru ni, nk mulalah episod baharu perjalanan hidupku sbgai pelajar di kampus.. makin lama makin hebat cabaran kehidupan..walaubagaimanapun cabaran yang mendatang, saya tetap kena hadapinya dengan tenang.. haa..tambah2 awal thun mcm ni, msti kita rasa tertekan dengan duit elaun atau pinjaman PTPTN yg belum msuk, mengganggu fikiran dan pelajaran kita..jd saya ingin berkongsi beberapa tips dengan rakan2 bagaimana kita berjimat cermat supaya kita tidak menyusahkan ibu bapa kita..10 Panduan Berjimat Cermat untuk Pelajar Kampus
Menjadi seorang pelajar kampus sudah tentunya bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda juga perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh menganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran anda.
Sebenarnya, pengurusan kewangan yang baik boleh dimulakan hanya dengan mempraktikkan teknik-teknik mudah menyimpan wang. Securities Industry Development Corporation (SIDC), cabang pendidikan dan pembangunan bagi Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia ingin berkongsi 10 panduan berjimat cermat untuk pelajar kampus. Setelah selesai membaca artikel ini, anda boleh mempraktikkan panduan-panduan yang diberi dan mengaplikasikannya mengikut keadaan kewangan anda selaku seorang pelajar.
Panduan 1: Amalkan Peraturan 10 Peratus
Secara amnya, Peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan   10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan. Contohnya, jika anda   mempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah RM50. Apabila menerima duit   pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibubapa setiap bulan,   pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah   yang diperolehi. Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda   pada masa depan. Amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih   konsisten dan berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa akan datang.
Panduan 2: Wujudkan Dana Kecemasan
Sebagai   pelajar, ada masanya akan berhadapan dengan kejadian yang tidak   dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh,   anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau   komputer mungkin rosak dan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yang   lain. Sekiranya anda tidak mempunyai dana kecemasan, anda pasti akan   berdepan dengan pelbagai masalah. Namun, dengan adanya dana kecemasan,   anda tidak perlu runsing dan berhutang dengan orang lain kerana anda   mempunyai wang simpanan sendiri. Tetapi ingat: Dana kecemasan harus   digunakan untuk KECEMASAN SAHAJA!
Panduan 3: Amalkan tabiat melabur
Menyimpan   wang adalah tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan duit  tersebut  agar mendapat pulangan yang lebih. Amalkan tabiat melabur  secepat yang  mungkin supaya anda boleh mendapat pulangan yang maksimum  daripada  pelaburan. Rebutlah peluang daripada kuasa pengkompaunan  dengan  melaburkan wang anda dalam produk pelaburan yang sesuai. Sebelum   memulakan pelaburan, lakukanlah kaji selidik yang mencukupi dengan   membaca prospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan, majalah   perniagaan dan lain-lain. Dalam memilih produk pelaburan yang paling   sesuai dengan tahap risiko, matlamat kewangan dan bajet yang ada,anda   perlu mengenali sedikit sebanyak tentang konsep pelaburan.
Panduan 4: Buat perbandingan harga semasa membeli-belah
Dengan   membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu   menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga   mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar semasa   membeli barang. Sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati,   anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli, malah akan  sentiasa  berusaha mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang anda!
Panduan 5: Potong kad kredit anda
Kajian   yang dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bahawa 50% rakyat   Malaysia yang diisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah.  Statistik  ini antara lain menggambarkan bahawa pelajar kolej dan  golongan dewasa  yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat  Malaysia yang  diisytiharkan bankrap. Tidak kiralah jika anda memilki  kad kredit  sendiri atau diberi kad kredit oleh ibubapa, tanyalah diri  sendiri:  “Perlukah saya memiliki kad kredit?” Ingat! Jadilah pengguna  kad kredit  yang bertanggungjawab kerana anda (atau ibubapa anda) yang  perlu  membayar hutangnya nanti!
Panduan 6:  Kurangkan bil elektrik anda
Sedar   atau tidak, tidak ramai yang mengambil berat isu penggunaan elektrik.   Memasang lampu walaupun tiada orang di rumah merupakan suatu perkara   lazim yang dipandang remeh walaupun ia merupakan satu pembaziran.   Sebenarnya,apabila anda menjimat elektrik, anda juga menjimatkan wang.   Antara perkara yang boleh dipraktikkan ialah mengekalkan kelajuan kipas   pada tahap sederhana, menggunakan lampu jenis jimat tenaga, serta   mengurangkan tahap kecerahan skrin komputer.
Panduan 7: Jadilah pelajar yang bijak
Sebagai   pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda juga perlu bijak berbelanja.   Cetak tugasan anda di kedua-dua belah muka surat kertas, beli isian   semula mesin pencetak dan bukannya kartrij pencetak, pinjam buku rujukan   daripada pelajar senior/rakan/perpustakaan, sewa rumah bersama   kawan-kawan dan makanlah di kampus. Secara amnya, perkhidmatan dan   kemudahan di kampus seperti sewa asrama, fotokopi dan lain-lain adalah   lebih murah, jadi ambillah kesempatan ini! Lebih elok lagi, kumpulkan   kawan-kawan anda dan carilah peluang mendapatkan diskaun apabila membeli   barang (buku, alat tulis, dll) secara pukal di kampus.
Panduan 8: Gunakan kad pelajar anda
Kad   pelajar adalah salah satu instrumen yang sangat membantu dalam usaha   anda menyimpan wang. Anda boleh menggunakannya untuk mendapat diskaun   ketika menonton wayang, membeli buku, menaiki LRT, melayari Internet,   bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. Bayangkan penjimatan yang anda   dapat!
Panduan 9: Gunakan pengangkutan awam
Menggunakan   pengangkutan awam biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding   memandu kereta. Jika kurang minat menaiki pengangkutan awam, kongsi   kereta bersama rakan-rakan! Fikirkan juga tentang membeli motosikal atau   basikal supaya boleh menjimatkan wang untuk petrol. Sentiasa merancang   perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja. Sebagai contoh, jika   destinasi yang dituju tidak jauh dan cuaca mengizinkan, apa salahnya   jika berjalan kaki berbanding memandu kereta?
Panduan 10: Gunakan Internet untuk membuat panggilan
Daripada   menghabiskan wang untuk menambah nilai telefon bimbit, apa kata anda   membuat panggilan melalui Internet? Anda bukan sahaja dapat berbual   sepuas-puasnya, malah tidak perlu membayar walau sesen pun (jika   mengunjungi “wi-fi hotspot” percuma). Sekiranya terdesak atau terpaksa   menggunakan telefon bimbit, jangan lupa bahawa lebih murah untuk   menghantar mesej (SMS) berbanding membuat panggilan.
Kesimpulannya, kehidupan di kolej atau universiti bukanlah sekadar mentelaah pelajaran semata-mata. Selaku pelajar, anda juga akan menerokai pelbagai aspek kehidupan dan akan menempuhi pelbagai pengalaman yang mampu mencorak kehidupan anda kelak.Anda semestinya tidak mahu masalah-masalah berkaitan wang menjadi isu yang membebankan anda di kampus. Dengan mempraktikkan “10 Panduan” yang telah diberikan, anda sepatutnya boleh menikmati kehidupan kampus yang bebas daripada tekanan, seronok, dan mengujakan!
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan