
Hadith :
Dari Aisyah r.a  katanya:”Rasulullah SAW sering              berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa              seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira  beliau              akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda  berpuasa              terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku  juga tidak              pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang  lebih              banyak daripada puasanya di bulan syaaban.”
Huraian
1.               syaaban  ertinya              berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana              orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke  mana-mana              tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya.               Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian  adalah              sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab  dan              Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat              disimpulkan bagi pengertian bulan syaaban itu ialah  bulan              syaaban  adalah masa              untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak  mungkin              sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3.              Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan  Rejab              adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa,  bulan syaaban  adalah kesempatan              untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada  bulan              Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4.  Di              antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan syaaban adalah :
i.               Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin  ada              menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW  bersabda              yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada  permulaan              syaaban  dan tiga hari              pada pertengahan syaaban dan tiga hari pada              akhir syaaban,  maka              Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh  nabi dan              seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama  tujuh              puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia  seperti              orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan  membaca              selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW :  "Sesiapa yang              mengagungkan bulan syaaban, bertaqwa kepada              Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan  maksiat,              maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan  menyelamatkannya di              dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."  (Dipetik              dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv.  Meraikan              malam 15 syaaban  atau              lebih dikenali sebagai malam Nisfu syaaban di mana sunat  ia              dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam  tersebut              adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan