Selasa, 9 Ogos 2011

Hidup umpama roda


Hidup ini seumpama roda. Kita tak mungkin akan sentiasa berada di atas pastikan berputar roda itu tatkala kita sendiri mahupun orang lain yang memutarkannya. Apabila berputarnya kita begitu jugalah dengan masa yang sentiasa berputar tidak mengira waktu tanpa hentinya.

Begitu juga dengan semua perkara, tidak semestinya kita akan sentiasa berada di takuk yang sama. Perubahan dari satu takuk ke satu takuk pasti akan berlaku tidak kiralah samada cepat ataupun lambat, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas dan sebagainya. Perjalanan seseorang manusia itu tidak sama antara satu sama lain. Sentiasa berubah-ubah mengikut nasib seseorang itu.

Bagiku, aku masih lagi mencari di manakah aku sebenarnya? Apa yang aku sedang lakukan? Mengapa aku melakukannya? Semua persoalan terpahat di segenap ruang mindaku. Pabila berputarnya roaa itu, aku pun turut berputar sama. Aku sentiasa menanti bilakah agaknya roda itu akan berhenti tepat pada waktunya dan tepat pada tempatnya. Bila berhentinya roda itu ditempat dan waktu yang telah ditetapkanNya aku pun pastikan berhenti buat selama-lamanya. Aku Kadang-kadang merasakan hariku semakin hampir, kadang-kadang jauh lagi masanya. Sebagai manusia tidak kiralah bila masanya kita mestilah sentiasa bersedia menempuhi apa jua cabaran mahupun dugaan yang bakal mendatang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan