Rabu, 3 Ogos 2011

perasaan

Assalamualaikum wbt......

Alhamdulilah pejam celik pejam celik sudah pun masuk bulan ramadhan yang mulia dan penuh berkat. Masa masih lagi berputar selagi tiadanya arahan dari ALLAH SWT untuk meniupkan angin sangka kalaNya kepada kita semua.


Hari ni merupakan hari yang indah buatku, namun perasaanku sedikit tergelincir. Kadang-kadang aku rasa sangat gembira, kadangkala aku rasakan sedikit berduka. Perasaan..perasaan..perasaan.. inilah perasaan yang sering melanda semua orang tidak kira tua mahupun muda. Perasaan gembira adalah satu perasaan yang positif manakala perasaan berduka adalah satu perasaan yang negatif.


Perasaan negatif dan positif ini lahir dari hati yang tidak menentu ditambahkan lagi dengan banyak memikirkan perkara mahupun masalah yang menimpa diri kita. Sekiranya positif perasaan kita pada hari tu, macam-macam perkara dan pekerjaan yang dilakukan akan menjadi senang, mudah dan lancar. Namun sebaliknya jika perasaan kita negatif, pekerjaan dan perkara yang kita lakukan pada hari tu akan menjadi tidak menentu, serba tidak kena dan sebagainya.


Namun, bagi menenangkan hati dan jiwa cara yang terbaik adalah banyakkan berzikir, berselawat atau membaca al-Quran. InsyaALLAH semua benda yang di lakukan akan menjadi mudah, senang dan dapat di atasi dengan baik. Namun jika kita tidak mampu juga, maka berkongsilah dengan rakan, keluarga dan sebagainya agar masalah kita dapat di atasi.

Perkongsian ilmu ini bukanlah untuk diri saya saja malah untuk semua. Jadi, masih sempat lagi untuk saya mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Ilal liqa maasalamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan