Ahad, 25 Disember 2011

TIPS MEMBELI KERETA


kereta baru


kereta terpakai

Adakah anda merancang untuk membeli kereta? Anda keliru hendak beli kereta baru atau terpakai 2nd hand? Tentu ianya susah untuk membuat pilihan dengan betul? Jadi saya mempunyai beberapa tips untuk membeli kereta baru atau kereta terpakai.

Sekiranya kereta merupakan satu keperluan dan bukannya kehendak, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin membeli kereta baru atau kereta terpakai. Ramai orang yang menganggap dengan membeli kereta baru adalah lebih baik berbanding kereta terpakai kerana kos penyelenggaraan lebih murah dan rendah. Namun ianya juga terdapat kelemahannya juga.

Sebelum membuat keputusan, anda perlulah menilai dahulu kemampuan diri anda. Jika membeli kereta baru boleh membebankan belilah kereta terpakai yang masih dalam keadaan baik. Ianya tidak akan membebankan anda untuk menjalani kehidupan seharian.

Jika anda membeli kereta terpakai dapatkan dahulu nasihat daripada mekanik yang boleh dipercayai atau jalani pemeriksaan di PUSPAKOM. Hal ini bagi mengelakkan daripada ditipu dan kereta tersebut mempunyai masalah di kemudian hari. Sekiranya anda mengambil keputusan untuk memohon pinjaman kereta, cari pakej terbaik mengikut kemampuan diri. Dapatkan maklumat berkaitan dengan kadar faedah yang dikenakan.

Kadar faedah untuk pinjaman kereta biasanya dikira berasaskan kaedah sama rata. Mengikut Akta Sewa Beli 1967, kadar faedah maksimum yang dibenarkan ialah 10% setahun. Kiraan faedah adalah berdasarkan faedah ke atas jumlah pokok untuk sepanjang tempoh pinjaman sewa beli.

Contoh pengiraannya adalah seperti berikut:

Harga kereta xxx= RM 50000

Bayaran pendahuluan/downpayment @10% x=RM 5000

Jumlah pinjaman sewa beli x= RM 45000

Kadar faedah (kadar sama rata) x = 5% setahun

Tempoh pinjaman xxx = 5 tahun (60 bulan)

Pengiraannya:
jumlah faedah yang dikenakan

= jumlah pinjaman x kadar x tahun

= RM 45000 X 5% X 5

= RM 11250

JUMLAH PINJAMAN + FAEDAH

=RM 45000 + RM 11250

= RM 56250

JUMLAH ANSURAN BULANAN

=RM 56250 / 60 bulan

= RM 938

Tiada ulasan:

Catat Ulasan