Selasa, 22 Februari 2011

Doa solat istikharah dan kaifiatnya..






Maksudnya:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini.

Nasyid by De Hearty

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Khamis, 3 Februari 2011

Asthmatic dan aku pabila tibanya cuti tahun baru cina 2011

Cuti hari raya cina tahun ni, aku sangat sedih sebabnya aku tak sihat..bila penyakit semput aku dah mai, memang tak kira tempat dan masa. namun setiap kali perubahan cuaca, pasti asthma aku akan datang...boleh dikatakan "asthma dan aku" tidak dapat dipisahkan..bagaikan isi dengan kuku..memang akrab la (xdpt den nk tolong). selalunya, tak lah seteruk mana. besa-besa ja.

Sebaliknya dengan kali ni, boleh dikatakan agak dahsyat penyakit aku "attack" aku. Salah satunya mungkin faktor cuaca dan satu lagi faktor keadaan rumah. Dua benda ni memang aku kena jaga betul2. Bukan mudah nak dok rumah orang, sebabnya kalaulah ruang di dalam rumah tu sempit dan padat, memang akan membawa "maut" kat aku (wah ayat..memang hebat..mauuutttt). Aku sangat sensitif dengan habuk, kalau ada serangan pertama akan jadi.

Baru-baru ni sehari aku sampai di rumah mak aku, masih ok lagi. Tapi bila masuk ja hari ke-2,(jeng..jeng...jeng) bermulalah serangan yang pada mulanya besa-besa. Serangan 1st selalunya sekali sedut gas (inhaler) akan ok.


gambar : inhaler yang telah digunakan sampai kosong/ habis pada malam yg agak kritikal.


Tapi kali ni, serangan ni memang tak lut lah (almaklumla rumah aku agak sempit dan padat..ruang pengudaraan memang xbaik). Gas yang ada sampai habis aku guna, tapi tetap tak lega. Keesokannya aku pi beli ubat (asthma, batuk dan selesema) kat farmasi. Aku bertukar rumah di mana aku balik ke kampung. Aku dok dengan Paklong dan Maklong(tukar angin). Makan pun tetap tak baik juga. Akhirnya, tup2 tak sampai 5 minit mak aku dah sampai rumah paklong. Malam tu juga mak dan makngah aku bawa aku pi hospital Yan. Bukan setakat ambik ubat, malah sedut gas. setelah 20 minit sedut gas, aku dah ok semula. semuanya oklah..

gambar: gas yg aku sedut di malam yg tersangat kritikal.

keesokkan pagi, jadi lagi sampailah sekarang. namun asthmanya sudah mula berkurangan di hari yg ke-5 iaitu setelah 4 hari bergelut dengan sesak nafas.

Asthma/ lelah

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.

Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.

Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Perubatan

Sedutan (Inhaler)

Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yarig kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.

Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami.

Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.

Ubat sedutan ini antara lain:

1. Selamat dan cepat memberi kesan.

2. Ubatnya berkesan selama empat jam.

3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.

4. Ulang setiap dua atau tiga jam

5. Boleh digunakan sebelum bersenam.

6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.

Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan)

Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya.

Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.

Alahan asma

  1. Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.
  2. Alat solek dan kelengkapan dandanan diri.
  3. Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.
  4. Pewarna makanan.
  5. Asap dan debu.
  6. Debu/kutu rumah (house mite).
  7. Senaman berlebihan.
  8. Tekanan
  9. Jangkitan seperti vlrus dan selsema.
  10. Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.
  11. Genetik.

Apa patut anda buat jika diserang asma.

Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan.

Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan.

Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor.

Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih.

Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, anda dinasihatkcm supaya segera berjumpa doktor.

Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu.

Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir anda sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam.

Selepas mengambil ubat, anda perlu berkumur-kumur, terutama jika anda diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak anda menjadi kering.

Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.

Peringatan :

1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.

2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.

3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.

4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.

5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma

7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda.

Rabu, 26 Januari 2011

Kejohanan Bola Baling Peringkat IPG KBM, PISMP 5K & 5L


Kejohanan bola baling tertutup peringkat IPG KBM, PISMP 5K & 5L ini diadakan bagi melengkapkan salah satu daripada amali pengurusan pendidikan jasmani dan sukan. Kejohanan ini wajib bagi setiap pelajar semester 5 yang mengambil subjek minor Pendidikan Jasmani. Kejohanan ini akan berlangsung seperti berikut:


Tarikh : 19 Februari 2011
Masa : 0730 am - 1300 pm
Tempat : Padang IPG KBM.
Peserta : Terbuka kepada pelajar perempuan IPG KBM.
Tarikh tutup penyertaan : seminggu sebelum kejohanan.


Yuran Pendaftaran : RM1 seorang.

hadiah dan sijil akan disediakan.




Kepada sesiapa yang ingin mendaftar untuk kejohanan ini, anda boleh memberi nama kepada pelajar PISMP 5K dan 5L.

Sabtu, 15 Januari 2011

Asia Master Athletics Championships,Bukit Jalil 2010.


Gambar: Aku dan Pae
hah..kalo tgk aku dengan si budak kenet ni memang orang akan kata, " hai...ke mana saja muka depa dua orang ja...tang sana jumpa, tang sini jumpa...". Tu lah aku dan pae. Tak sah kalo aku ni jalan tak dak dia, mesti dia mengekoq ja ke mana saja aku pi walaupun ke tandas..hehe (tu pun aku la yang ajak dia teman pi..almaklumla penakut..hehehe) Waktu cuti bulan 12 tahun lepas, aku dan pae ni ada la jadi volunteer dalam sukan ASIA...Pae dan kawan-kawan yang lain jadi ajk hadiah. Manakala aku pulak, jadi ajk Sijil..kira tak dak la berat sangat keja aku...Cuma seksa sikit la nak buatnya, almaklumla banyak yang nak kena taip..dah tu nama pulak yang berbelit-belit...hai...punyalah susahnya...kami berada di sana selama 10 hari iaitu bermula daripada 3hb-12 disember 2010. macam-macam benda yang kami belajar kat sana. at least dapat lah kami ni dapat lah ilmu sal2 sukan ni..tak la teruk sangat..

gambar: semua yang terlibat dalam melaksanakan sukan AMAC.

Inilah tenaga kerja yang bertungkus lumus dlm menjayakan sukan AMAC.Bukan senang tau bila kita yang jadi tuan rumah dalam apa juga acara yang besar. Tambahan pula ni peringkat ASIA,ni dah dikira peringkat yang tinggi. Pape pun semuanya dah selesai. Best lah masa join sukan ni. InsyaALLAH kalau ada lagi sukan2 yang macam ni, memang nak join. pengalaman dalam menyertai sesuatu bidang atau kerja tu sangat penting. Bila peluang tu datang, kita jangan lah buat tak tau ja, tolak sana, tolak sini. Baik kita rebut apa saja peluang yang ada. Kadang-kadang perkara macam ni hanya akan datang sekali ja dalam hidup kita. Maka di sini saya ingin berpesanlah kepada semua rakan-rakan, jika sesuatu peluang tu diberi rebutlah sebelum tiada peluang kedua.

gambar: kak Gaithiri, abg Hafiz dan aku.

Ni lah keja tempat keja kami. Buat sijil memang dah jadi kepakaran kami..hehe (bangga la pulak). Kak Gaithiri dan abang Hafiz banyak bantu aku dalam buat keja2 ni. Team kami ni memang the best la. Bukan mudah nak buat keja2 mcm ni, tmbah2 bila nama peserta yang menang ni bukannya pendek2,tapi semua panjang berjela-jela. Nak muntah bila aku baca, especially dari India dan Sri Lanka. Nama depa punyala panjang. memang kirim salam la sapa yang buat( aku la tu), punya la takut sijil tu rosak dah kena check satu persatu nama peserta tu. bukan check kot buku ja, malah cari peserta tu sendiri. takut2 nanti depa mai dok komplain nak tukaq nama pulak. kan dah susah tu. tapi pape pun, keja kami memang tebaik punyer lah...hehe

Sabtu, 8 Januari 2011

Doa Awal Tahun




Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi ALLAH sekian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW dan atas keluarga dan sahabat2 baginda sekalian. YA ALLAH, Engkaulah TUHAN yg kekal selama-lamanya,sedia ada tiada permulaan. KelebihanMU Maha Besar dan KemurahanMU sgt2 diharapkan. Tibalah sudah tahun baharu, kami mohon kepadaMU agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baharu ini daripada segala tipu daya syaitan2 terlaknat dan juga daripada kuncu2 syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripadaMU akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong ke arah kejahatan). Kami mohon juga kepadaMU YA ALLAH akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMU. YA ALLAH YG MAHA AGUNG LG MULIA. YA ALLAH TUHAN YG SEBAIK-BAIK MENGURNIAKAN RAHMATNYA.

Jumaat, 7 Januari 2011

TIPS BERJIMAT CERMAT


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.....Alhamdulilah, akhirnya tahun ni saya dah berjaya masuk ke tahun baru iaitu tahun 2011. ALLAH SWT masih memberikan saya nafas untuk terus hidup di muka bumi ini. Tahun ni merupakan tahun ketiga saya berada di IPG KBM. pejam celik,pejam celik dh tahun ketiga. tggl lagi sthun je saya nk hbis bljr dan berada di IPG KBM nih...tahun baru ni, nk mulalah episod baharu perjalanan hidupku sbgai pelajar di kampus.. makin lama makin hebat cabaran kehidupan..walaubagaimanapun cabaran yang mendatang, saya tetap kena hadapinya dengan tenang.. haa..tambah2 awal thun mcm ni, msti kita rasa tertekan dengan duit elaun atau pinjaman PTPTN yg belum msuk, mengganggu fikiran dan pelajaran kita..jd saya ingin berkongsi beberapa tips dengan rakan2 bagaimana kita berjimat cermat supaya kita tidak menyusahkan ibu bapa kita..

10 Panduan Berjimat Cermat untuk Pelajar Kampus

Menjadi seorang pelajar kampus sudah tentunya bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda juga perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh menganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran anda.

Sebenarnya, pengurusan kewangan yang baik boleh dimulakan hanya dengan mempraktikkan teknik-teknik mudah menyimpan wang. Securities Industry Development Corporation (SIDC), cabang pendidikan dan pembangunan bagi Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia ingin berkongsi 10 panduan berjimat cermat untuk pelajar kampus. Setelah selesai membaca artikel ini, anda boleh mempraktikkan panduan-panduan yang diberi dan mengaplikasikannya mengikut keadaan kewangan anda selaku seorang pelajar.

Panduan 1: Amalkan Peraturan 10 Peratus
Secara amnya, Peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan. Contohnya, jika anda mempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah RM50. Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibubapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah yang diperolehi. Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa depan. Amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa akan datang.

Panduan 2: Wujudkan Dana Kecemasan
Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan dengan kejadian yang tidak dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau komputer mungkin rosak dan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai dana kecemasan, anda pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah. Namun, dengan adanya dana kecemasan, anda tidak perlu runsing dan berhutang dengan orang lain kerana anda mempunyai wang simpanan sendiri. Tetapi ingat: Dana kecemasan harus digunakan untuk KECEMASAN SAHAJA!

Panduan 3: Amalkan tabiat melabur
Menyimpan wang adalah tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan duit tersebut agar mendapat pulangan yang lebih. Amalkan tabiat melabur secepat yang mungkin supaya anda boleh mendapat pulangan yang maksimum daripada pelaburan. Rebutlah peluang daripada kuasa pengkompaunan dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan yang sesuai. Sebelum memulakan pelaburan, lakukanlah kaji selidik yang mencukupi dengan membaca prospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan, majalah perniagaan dan lain-lain. Dalam memilih produk pelaburan yang paling sesuai dengan tahap risiko, matlamat kewangan dan bajet yang ada,anda perlu mengenali sedikit sebanyak tentang konsep pelaburan.

Panduan 4: Buat perbandingan harga semasa membeli-belah
Dengan membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang. Sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati, anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli, malah akan sentiasa berusaha mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang anda!

Panduan 5: Potong kad kredit anda
Kajian yang dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bahawa 50% rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah. Statistik ini antara lain menggambarkan bahawa pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap. Tidak kiralah jika anda memilki kad kredit sendiri atau diberi kad kredit oleh ibubapa, tanyalah diri sendiri: “Perlukah saya memiliki kad kredit?” Ingat! Jadilah pengguna kad kredit yang bertanggungjawab kerana anda (atau ibubapa anda) yang perlu membayar hutangnya nanti!

Panduan 6: Kurangkan bil elektrik anda
Sedar atau tidak, tidak ramai yang mengambil berat isu penggunaan elektrik. Memasang lampu walaupun tiada orang di rumah merupakan suatu perkara lazim yang dipandang remeh walaupun ia merupakan satu pembaziran. Sebenarnya,apabila anda menjimat elektrik, anda juga menjimatkan wang. Antara perkara yang boleh dipraktikkan ialah mengekalkan kelajuan kipas pada tahap sederhana, menggunakan lampu jenis jimat tenaga, serta mengurangkan tahap kecerahan skrin komputer.

Panduan 7: Jadilah pelajar yang bijak
Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda juga perlu bijak berbelanja. Cetak tugasan anda di kedua-dua belah muka surat kertas, beli isian semula mesin pencetak dan bukannya kartrij pencetak, pinjam buku rujukan daripada pelajar senior/rakan/perpustakaan, sewa rumah bersama kawan-kawan dan makanlah di kampus. Secara amnya, perkhidmatan dan kemudahan di kampus seperti sewa asrama, fotokopi dan lain-lain adalah lebih murah, jadi ambillah kesempatan ini! Lebih elok lagi, kumpulkan kawan-kawan anda dan carilah peluang mendapatkan diskaun apabila membeli barang (buku, alat tulis, dll) secara pukal di kampus.

Panduan 8: Gunakan kad pelajar anda
Kad pelajar adalah salah satu instrumen yang sangat membantu dalam usaha anda menyimpan wang. Anda boleh menggunakannya untuk mendapat diskaun ketika menonton wayang, membeli buku, menaiki LRT, melayari Internet, bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. Bayangkan penjimatan yang anda dapat!

Panduan 9: Gunakan pengangkutan awam
Menggunakan pengangkutan awam biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding memandu kereta. Jika kurang minat menaiki pengangkutan awam, kongsi kereta bersama rakan-rakan! Fikirkan juga tentang membeli motosikal atau basikal supaya boleh menjimatkan wang untuk petrol. Sentiasa merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja. Sebagai contoh, jika destinasi yang dituju tidak jauh dan cuaca mengizinkan, apa salahnya jika berjalan kaki berbanding memandu kereta?

Panduan 10: Gunakan Internet untuk membuat panggilan
Daripada menghabiskan wang untuk menambah nilai telefon bimbit, apa kata anda membuat panggilan melalui Internet? Anda bukan sahaja dapat berbual sepuas-puasnya, malah tidak perlu membayar walau sesen pun (jika mengunjungi “wi-fi hotspot” percuma). Sekiranya terdesak atau terpaksa menggunakan telefon bimbit, jangan lupa bahawa lebih murah untuk menghantar mesej (SMS) berbanding membuat panggilan.

Kesimpulannya, kehidupan di kolej atau universiti bukanlah sekadar mentelaah pelajaran semata-mata. Selaku pelajar, anda juga akan menerokai pelbagai aspek kehidupan dan akan menempuhi pelbagai pengalaman yang mampu mencorak kehidupan anda kelak.Anda semestinya tidak mahu masalah-masalah berkaitan wang menjadi isu yang membebankan anda di kampus. Dengan mempraktikkan “10 Panduan” yang telah diberikan, anda sepatutnya boleh menikmati kehidupan kampus yang bebas daripada tekanan, seronok, dan mengujakan!