Sabtu, 17 Julai 2010

Rahsia & Amalan 99 Nama ALLAH

Ar-Rahman- Maha Pemurah (Menghilangkan Sifat Pelupa)
* Baca sebanyak 100 kali setiap selesai mengerjakan solat fardhu, insyaALLAH akan hilang daripadanya sifat lalai dan pelupa.

Ar-Rahim- Maha Penyayang (Supaya Disayangi Orang)
* Baca sebanyak 100 kali setiap hari, insyaALLAH akan dilembutkan hati dan wujud perasaan kasih sayang sesama makhluk.

Al-Malik- Maha Merajai ( Pembuka Pintu Rezeki)
* Baca sebanyak 121 kali setiap hari, yakni setelah terbit fajar atau setelah tergelincir matahari, insyaALLAH pintu rezeki akan dibuka oleh ALLAH SWT.

Al-Quddus - Maha Suci( Membersihkan diri daripada sifat tercela)
* Baca sebanyak 1000 kali setiap hari, insyaALLAH akan diselamatkan daripada malapetaka.

As-Salam- Maha Menyelamatkan ( Menyembuhkan Penyakit)
* Baca sebanyak 160 kali di hadapan orang yg berpenyakit, insyaALLAH akan sembuh penyakitnya selama belum sampai ajalnya atau sekurang-kurangnya bertambah ringan penyakitnya.

1 ulasan: