dah habis prhimpunan, kami pn pakat2 la bersalaman dgn semua ckgu2 kt sekolah 2..sbb 2 adalah salah satu budaya di sekolah 2..lepas hbs brsalaman, kmi naik la pjbt utk brjumpa dgn guru besaq..dah msk bilik guru besaq, dok la brsembang dgn ckgu 2 sal PBS kami ni..sekali, guru besaq ni bg kami cenderahati kt setiap sorg..bkn satu tapi dua 2..hehe guru besaq kt sekolah 2 mmg sporting. syok la. xla rasa tension sgt..best..haa..sblm trlupa, sy di sini menyeru kpd sesapa yg nk wt PBS/SBE/ PRAKTIKUM pi la sekolah 2..best tau..tmbh2 dia punya prasekolah 2 adalah prasekolah terbaik di terangganu..p la jgn xp...lynan kt situ, mmg xpyh hbq..100%..pendek kata, syok bin best la...kiki...
Khamis, 23 September 2010
Pengalaman PBS di SK Bukit Jerok,Trgganu
dah habis prhimpunan, kami pn pakat2 la bersalaman dgn semua ckgu2 kt sekolah 2..sbb 2 adalah salah satu budaya di sekolah 2..lepas hbs brsalaman, kmi naik la pjbt utk brjumpa dgn guru besaq..dah msk bilik guru besaq, dok la brsembang dgn ckgu 2 sal PBS kami ni..sekali, guru besaq ni bg kami cenderahati kt setiap sorg..bkn satu tapi dua 2..hehe guru besaq kt sekolah 2 mmg sporting. syok la. xla rasa tension sgt..best..haa..sblm trlupa, sy di sini menyeru kpd sesapa yg nk wt PBS/SBE/ PRAKTIKUM pi la sekolah 2..best tau..tmbh2 dia punya prasekolah 2 adalah prasekolah terbaik di terangganu..p la jgn xp...lynan kt situ, mmg xpyh hbq..100%..pendek kata, syok bin best la...kiki...
Khamis, 12 Ogos 2010
Amalan di bulan Ramadan
Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu :
1) melazimkan bacaan kalimah taiyibah
dlm satu hadis, dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah iaitu "Laa ilaha illallah"dengan seikhlas hati maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.
2)beristighfar
digalakkan juga beristighfar kerana Allah berjanji akan memberi kita
jalan keluar dari kesukaran dan membebaskan dari kesedihan. malah
insyaAllah akan memperolehi rezeki dari sumber yang tidak pernah
disangkakan.
3)memohon memasuki jannah
Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga:
"Allahhumma as'alukal jannata wa z'izubika minarnnar"
4)berlindung dengan-Nya daripada neraka Jahannam
Isnin, 9 Ogos 2010
KEHIDUPAN
Sabtu, 17 Julai 2010
Rahsia & Amalan 99 Nama ALLAH
Khamis, 15 Julai 2010
Rabu, 14 Julai 2010
Amalan sunat di bulan Sya'ban

Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan syaaban.”
Huraian
1. syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan syaaban itu ialah bulan syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan syaaban dan tiga hari pada pertengahan syaaban dan tiga hari pada akhir syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
~ hidupku ~
