Khamis, 7 Julai 2011

belasungkawa buat arwah tokngahku...

seawal 0830 pagi, aku telah menerima banyak panggilan daripada keluargaku yang menyatakan tok ngahku telah meninggal dunia..terimanya berita itu aku hanya mampu mengucapkan doa terima musibah..



hari ni 8 Julai 2011, tok menakan/saudara aku telah pergi menghadap Illahi..


aku tak percaya dengan apa yang telah semua yang berlaku. aku merasakan baru semalam aku berjumpa dengannya, temankan dia, duduk dengannya..seperti semalam...baru sangat....


namun siapalah aku untuk menentang kuasa ALLAH SWT..
semuanya terletak ditanganNYA..

ku hadiahkan al-Fatihah buat dirinya yang pergi menghadap Illahi dihari penghulu segala hari ini iaitu hari Jumaat...

itu saja yang mampu ku hadiahkan buatnya agar bersama dengan orang2 yang soleh....




al-fatihah buat arwah ayahku yang telah pergi 2 minggu sebelum aku dilahirkan, arwah tokwanku yang pergi pada 27 Jun 2010 dan juga arwah tokngahku pada 8 Julai 2011..

semoga kalian ditempatkan dengan orang2 beriman dan soleh..amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan