Isnin, 14 Mac 2011

Nilaian Hidup

EPISOD 2

Malam yang di nanti kunjung tiba jua akhirnya. Seluruh badanku bagaikan ada duri-duri yang mencucuk-cucukku. Jangan ingat kerja sebagai guru ini mudah, habis saja waktu kelas terus saja balik rumah. Banyak lagi kerja yang cikgu cikgi ni nak buat bila habis waktu kelas dan sekolah tau. Sehabis saja kelas Geografi di tingkatan 2, aku menuju terus ke kantin. Tetiba saja perutku mula mainkan gendang tak berhenti-henti. Aku pun mulalah membuka langkah seribu sampaikan cikgu Ani tak sempat nak mengejar aku.

“Aleesya, apesal la kau ni jalan laju semacam je? Penat aku kejar tau tak.” Kata Ani tercungap-cungap mengejarku.

“Sorry la dear. Kaki aku tiba-tiba masukkan gear 4, tak sempat nak tukar gear dan tekan brek tadi. Perut aku ni dok main gendang bukan main lagi, hidung aku pula bau aroma yang menyelerakan kat kantin tu. Apa lagi speed tak ingat dunia la.” Balasku separuh ketawa melihat Ani yang masih lagi tercungap-cungap mengejar aku dari bilik guru sehinggalah ke kantin.

“ Kau ni Aleesya, kalau bab makan saja serah pada yang pakar. Orang yang kuat makan pun boleh kalah dengan kau.” Berderai ketawa kami memecahkan keheningan di kantin yang tiada orang melainkan tauke kantin dan pekerja-pekerjanya saja.

“Alah hang ni Ani, bab mengata aku bukan main lagi. Kau tu pantang ja nampak aku bawak sandwich terus terkam macam nak telan aku pe kes?” sekali lagi pecah berderai tawa kami dalam kantin tu. Sampaikan Cikgu Haris masuk pun kami tak sedar.

“Meriah nampaknya kantin hari ni. Ada apa-apa cerita ke?” sampuk Cikgu Haris. Cikgu Haris ni salah seorang rakan semasa kami sama-sama belajar dahulu. Tak sangka pula dulu satu kelas, satu kumpulan akhirnya posting pun satu sekolah juga. Cuma kami mengajar subjek yang berbeza-beza saja.

Kehadiran Cikgu Haris membuatkan kami bertambah ceria dan gamat satu kantin. Apabila kami bertiga berkumpul, memang tak ingat dunia bersembang. Riuh bagaikan pasar malam, silap-silap kalah pasar malam. Kadang-kadang ada juga cikgu-cikgu yang kurang senang dengan kami bertiga, bukan ada apa pun kuat bercakap saja.

“Haris, petang ni kau nak pergi ke mana-mana tak?” tanya Ani kepada Haris.

Dengan mulut yang penuh dengan nasi, terkebil-kebil Haris menjawab pertanyaan Ani. Aku yang melihat gelagat mereka hampir terburai perutku.

“Kalau ye pun Cik Ani oi, sabar la kejap. Aku tengah sedap-sedap menikmati nikmat makan yang ALLAH berikan ni. Nasib baik tak tersembur kat muka kau.” Balas Haris dengan muka penuh nikmat makan yang telah diganggu oleh Ani.

“Aku minta maaf la Cik Haris. Kau kalau makan, bukan setakat nikmat makan lagi dah yang kami nampak tau tapi tak ingat ke dunia langsung. Kalau ada bom meletup pun kau tak dengar. Khusyuk makan melebihi khusyuk bila solat.” Balas Ani pedas terkena batang hidung Haris.

“Yela ustazah Ani. Aku mengaku kalah okey. Petang ni aku ingat nak pergi jogging kat Taman Tasik Perdana. Awat? Hampa nak ikut ka?”

“Boleh. Nak ikut. Bila lagi nak turunkan berat badan aku ni. Dah lama aku tak jogging. Wah, bestnye. Jom Aleesya.” pelawa Ani sambil menjongketkan keningnya kepadaku.

Aku yang dengar hanya mampu mendiamkan diri saja. Jiwaku tiba-tiba saja melayang entah ke mana. Beberapa kali Ani memanggil namaku, sedikit pun aku tidak mendengarnya. Haris yang sedari tadi khusyuk makan, terganggu kerana aku masih berada dalam khayalan aku. Tidak lama kemudian, Haris memandang tepat ke arah telingaku. Seperti ada tompok darah keluar dari telinga. Aku terkaku dan akhirnya gelap gelita pandanganku.

Dalam keadaan yang kelam kabut, Ani dan Haris membawa aku ke hospital Kajang. Ani dan Haris masih belum mengetahui apa yang berlaku ke atas diriku. Sampainya aku di hospital, kebetulan Dr. Anuar ada di hadapan pintu kecemasan terlihat aku yang sedang didukung oleh Haris. Dr. Anuar meminta jururawat ambilkan troli untukku. Aku dimasukkan ke wad kecemasan. Lebih kurang sejam aku berada dalam wad kecemasan tersebut, akhirnya selesai juga.

Haris dan Ani sudah tidak keruan menunggu aku kerana mereka masing-masing tidak tahu apa yang telah berlaku kepadaku sebenarnya. Setelah selesai Dr. Anuar memeriksa aku, mereka meluru ke arahnya.

“Doktor, bagaimana dengan keadaan pesakit?” tanya mereka serentak.

“Alhamdulilah tidak ada apa-apa. Cik berdua ni saudara pesakit ke?” tanya Dr. Anuar semula.

“Bukan. Kami ni rakan sekuliah dan sekerja dia. Boleh kami pergi tengok pesakit doktor?” tanya Ani.

“Buat masa sekarang, biarlah pesakit berehat dulu. Lagipun dia telah diberi ubat pelali semasa di dalam bilik kecemasan tadi. Dia masih belum sedarkan diri. Kamu berdua bolehlah tunggu dulu atau datang sebelah malam nanti.” Kata Dr. Anuar kepada Ani dan Haris.

“Terima kasih doktor, kami tunggu di sini sehingga dia sedar” balas mereka serentak.

Haris dan Ani pun beredar menuju ke ruang menunggu di hadapan bilik aku. Dr. Anuar kemudian beredar ke biliknya. Dr. Anuar kembali menyemak semula diagnosis yang telah dibuat olehnya terhadapku. Ditelitinya satu persatu ujian yang telah dibuat ke atasku dulu.

Tidak lama kemudian, Dr. Anuar datang ke bilik aku. Wajahku ditatap dan diamatinya lama. Jelas kelihatan matanya yang cukup sayu pabila menatapku. Anuar duduk disebelahku dan memegang tanganku. Titisan air matanya kini mengalir ditanganku. Aku yang sedari tadi terkujur kaku di atas katil, mula menggerakkan jari jemariku. Anuar memegang erat tanganku dan mula memanggil namaku. Tidak lama kemudian, aku membuka mata dan terlihat dia. Air dikelopak matanya semakin bergenangan. Akhirnya lagi sekali air matanya jatuh mengalir dipipi.

Aku tidak dapat menyeka air matanya yang mengalir dipipi kerana aku masih lagi tidak mampu untuk bangun dari katil. Badanku masih lemah dan perlukan rehat. Dibiarkan air matanya mengalir dipipi tanpa diseka olehku. Aku redha dengan ketentuan Illahi atas apa yang telah berlaku. Aku hanya mampu berusaha dan berdoa selagi aku masih bernyawa. Aku yakin pasti akan ada hikmah disebalik kejadian. Tidak lama kemudian mataku mula tertutup semula. Aku biarkan Anuar menemaniku.


bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan