Tak salah dalam mencuba kerna ALLAH menyapa untuk berusaha,
Berdoa selepas disapa dan bertawakal selepas semuanya..
Allah telah mengajar kita semua dalam melakukan sesuatu perkara/ kerja kita hendaklah berusaha kerna jika kita tidak berusaha kita tak akan mendapat apa yang kita kehendaki. Sebab apa kena usaha?? Sebabnya, tanpa usaha kita tak akan dapatkannya dan apa yang kita nak tu tak akan datang bergolek di depan mata..😊😊
Keduanya, setelah kita berusaha sedaya upaya ni. Penat lelah dan sebagainya sudah tentulah kita harus berdoa. Minta segala usaha yang telah kita lakukan mendapat syafaatNya dan menambah kepada hasil usaha kita tu. Sebab tu kita kena berdoa.
Akhir sekali, tawakal. Kita dah usaha dan berdoa kepadaNya sampailah masa untuk kita bertawakal. Tawakal selepas semua yang telah kita lakukan. Inshaa Allah Allah Maha Mendengar apa yang kita pinta.